Gadis Dari Malaysia Ini Cetus Kntroversi Kngsi Pandangan “Wanita MusIim & Tarian” Dalam Temubual BBC

VIDEO temubual menerusi platform BBC World Service yang menampilkan seorang pelajar Malaysia mula menjadi bualan ramai netizen.

Dalam video tersebut, Sabrina Azhar, 22, yang juga pelajar di Korea Selatan tampil berkongsi pandangannya sebagai gadis berhijab yang suka menari.

“Saya datang ke Korea untuk belajar. Pada masa sama, saya juga terIibat dalam penghasilan kandungan media sosial. Jika kamu tanya sesetengah orang, mereka akan kata, oh dalam IsIam wanita tak sepatutnya menari. Wanita tak sepatutnya menyanyi bla bla bla bla”.

“Tapi ada juga sesetengah orang yang, kamu tahu, ini abad ke-21. Maksud saya, sudah tentu kami tak dibenarkan untuk twerk ( tarian provokatif ). Tapi masih ada sesetengah orang yang percaya bahawa kami tak sepatutnya menonjolkan diri menerusi media sosial”.

“Kita tak sepatutnya menjadi objek kepada lelaki ketika membuat persembahan di hadapan mereka bla bla bla. Bagi saya, selagi saya buat perkara yang saya fikir betul, saya tak menyak1ti sesiapa, saya tak rasa ia patut menjadi masaIah” ujarnya.

Dalam temubual berjudul Life of a hijabi K-pop dancer itu, Sabrina berkata hijab tak pernah menjadi penghaIang untuk dia meneruskan minat dalam dunia tarian.

Malah kata YouTuber yang memiliki lebih 200,000 subscribers itu, dia tidak ambil pusing akan komen-komen keb3ncian dan memilih untuk menjadi diri sendiri sahaja.

Sabrina merupakan pelajar Malaysia di Korea Selatan.

“Ada orang yang kata, oh kamu memaIukan Islam, kamu tak sepatutnya memakai hijab, kamu patut buka (hijab). Apa guna pakai hijab jika kamu menari. Saya dapat banyak komen”.

“Saya tak pernah balas komen. Apabila mereka fikir mengenai hijab, mereka macam, oh kamu perlu tutup diri kamu, berselindung, kamu tak boleh bangga dengan diri kamu”.

“Kamu faham maksud saya, kamu tak boleh jadi yakin kalau kamu berhijab. Saya yakin ketika berhijab, pada masa sama saya juga suka menari, jadi saya gabungkannya”.

“Saya tak boleh kawal kata-kata orang. Apa yang saya boleh kawal ialah bagaimana saya rasa mengenainya. Jadi saya pilih untuk hiraukan segala komen keb3ncian yang saya dapat”.

“Saya rasa gadis muda yang berhijab tak perlu takot untuk yakin dengan diri sendiri” ujarnya lagi.

Untuk rekod, video temubual berdurasi dua minit 18 saat yang dikongsi menerusi Twitter @bbcworldservice sejak Selasa meraih sejuta tontonan setakat ini.

Di ruangan komen, netizen dari Malaysia tampil dengan pandangan tersendiri termasuklah yang kurang senang dengan pendirian gadis tersebut.

Tangkap layar posting video itu.

“Nak menari joget semua hak masing-masing tapi kalau dah kaitkannya dengan IsIam kononnya cara hidup, itu saIah dik. Matlamat tak menghalalkan cara”.

“Kita dah buat kerja kita sebagai saudara sesama IsIam untuk menegur, kelebihan you bijak pandai belajar sampai ke luar negara. Jatuh h4ram niat kita tak menghaIalkan cara, semoga kita semua diberikan hidayah Allah”.

“Bagi saya ni semua dugaan untuk semua. Dia dugaan cara tu, kita pun dugaan dengan bagi nasihat dengan baik. Harapnya awak munasabah. Menari dengan cara s3ksi tu adakah sesuatu yang sesuai dengan IsIam. Saya rasa anda bijak jadi saya tak perlu bagi jawapan”.

“Dik tak ada orang kisah pun kau nak menari macam beruk ke apa ke, tapi orang kisah bila kau menari dan masa sama kau kaitkan IsIam dengan cara hidup kau tu, Kau nak menari ke apa ikut suka kau la tapi janganlah drag nama IsIam sekali dalam statement kau tu” tulis beberapa netizen.

sumber : mStar

Harap Maaf