Gadis Ini Kngsi Kisah Seram DiGnggu 👻 Menyerupai Ibu Semasa Masak Nasi

BARU-baru ini tuIar perkngsian seorang pengguna TikTok bernama Tiya Kamal berkongsikan pengalamannya dignggu mkhIuk haIus ketika berada di rumah.

Lebih menakotkan, entiti berkenaan menyerupai ibunya sendiri dan berkomunikasi dengannya.

Berkongsi cerita, kjdian itu berIaku di rumah lamanya dimana setiap kali pulang dari kerja ibunya akan menelefonnya untuk menyuruhnya memasak nasi.

Selepas ibunya telefon, dia terleka bermain telefon dalam 5 hingga 10 minit. Namun kemudian dia terus ke dapur untuk melakukan tugasan diberi ibunya.

Namun sebaik sahaja dia turun dari bilik, dia melihat “ibunya” berada di ruang tamu memakai baju kelawar sedang duduk di sofa.

Dia kemudian menegur ibunya namun tidak berbalas. Katanya lagi, dia menyangkan “ibunya” mungkin murih dengannya kerana tidak masak nasi seperti yang disuruh.

Tiya berkata dia terus pergi ke dapur untuk membasuh beras untuk dimasak dan “ibunya” berdiri disebelah sambil menerungnya namun tidak berkata apa-apa.

Ujarnya, selepas entiti tersebut ke ruang tamu semula, dia cuba berbual. Namun tba-tba dia mendapat panggilan daripada ibunya yang memintanya untuk turut ke bawah untuk mengangkat barang.

“Tba-tba phone saya bunyi, mak saya call cakap lagi 5 minit turun bawah tolong angkat barang. Saya tengok ke arah “mak” saya tu dia tengah tengok ke arah tingkap ruang tamu”.

“Saya dah ketaq dah, saya keluar. Lepas tu benda tu tanya saya “Nak pi mana tu..?”

Sebaik sahaja dia keluar dari rumah, dia sempat mengintai entiti berkenan di dalam rumahnya dan masih nampak “ibunya”.

Malah, entiti itu sempat bertanyakan kepada gadis itu adakah dia sudah tahu bahawa dia itu bukan ibunya yang sebenar.

Kata Tiya lagi, sebaik ibunya sampai dia menceritakan apa yang berIaku dan rumah mereka berbau wangi seperti bau bunga.

sumber : GulaPop

Harap Maaf