Gaya Kanak-Kanak Ini Ambil Gambar Passport Bikin Warganet Terhibur

TELATAH anak-anak yang charming sememangnya mampu menghiburkan hati ibu bapa dan juga orang sekeliling mereka

Tambahan pula jika diajak untuk bergambar, kanak-kanak perempuanlah yang selalunya akan teruja membuat pelbagai posing untuk kelihatan comel.

Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video ini apabila gelagat seorang kanak-kanak perempuan mengambil gambar passport telah menarik perhatian ramai di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

Dah terbiasa posing kepala senget, bila ambil gambar passport terus jadi awkward

Menerusi video yang dikongsi oleh @aiennpiqaa, kelihatan pada awal video ibunya berkongsi beberapa keping gambar anaknya yang gemar menyengetkan kepala bila disuruh posing.

Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila kanak-kanak itu diminta menegakkan kepala semasa mengambil gambar passport, dia tetap ingin menyengetkan kepalanya kerana sudah terbiasa.

Lebih melucukan lagi, walaupun sudah dibetulkan posture kepalanya menegak, dia tetap menyengetkan kepalanya ke arah lain.

“Suruh smile je auto kepala senget, penat fotografer tu,” kata ibunya.

Image from @aiennpiqaa (TikTok)Image from @aiennpiqaa (TikTok)Image from @aiennpiqaa (TikTok)Image from @aiennpiqaa (TikTok)

“Member pun pelik, apehal kamera ni tak boleh senget-senget kepala haha” – Netizen

Susulan tuIarnya video berkenaan yang kini sudah meraih 375.5K tontonan, 55.7K tanda suka serta 909 perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lucu kanak-kanak itu.

Malah, ada juga yang berkongsi perangai sama anak mereka yang automatik akan sengetkan kepala apabila disuruh bergambar.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @aiennpiqaa (TikTok)Image from @aiennpiqaa (TikTok)Image from @aiennpiqaa (TikTok)Image from @aiennpiqaa (TikTok)Image from @aiennpiqaa (TikTok)Image from @aiennpiqaa (TikTok)Image from @aiennpiqaa (TikTok)Image from @aiennpiqaa (TikTok)Image from @aiennpiqaa (TikTok)Image from @aiennpiqaa (TikTok)

Tak apa dik, orang perempuan memang suka senget kepala tak pun angkat kaki. Yang penting awak comel..! 😀

sumber : SAYS SEISMIK

Harap Maaf