Harga Burger Jalanan RM23 – Ketua Pemasaran Otai Burger Malaysia Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

TUIAR baru-baru ini di media sosial apabila terdapat seorang pengguna Facebook Nana Ng memaklumkan terpksa membayar sehingga RM23 menerusi pembelian burger jalanan di Kepong.

Perkngsian wanita tersebut secara tak langsung turut mendapat perhatian Netizen yang terkejut harga burger jalanan yang seolah sama dengan harga burger di restoran fast food.

Untuk Berita Hiburan Terkini Viral Dalam Dan Juga Luar Negara. Klik sini

Di sebalik perkngsian yang tuIar, salah seorang individu bertanggungjawab iaitu Ketua Pemasaran Dan Latihan Otai Burger Malaysia, Muhammad Syamrie Anuar tampil menjelaskan isu di sebalik harga burger yang didakwa “mahal” berkenaan kepada media.

Menerusi perkngsian, beliau memaklumkan pelanggan berkenaan hadir ke untuk membeli burger di Otai Burger cawangan Kepong. Harga RM23 yang dibayar wanita tersebut bukanlah bagi sebiji burger sebaliknya dua burger.

Bukan itu sahaja, wanita berkenaan turut memesan dua burger ayam spesial yang mengandungi dua keping patty ayam, telur, keju dan empat jenis sayuran sekaligus menjelaskan harganya yang bernilai RM11.50 bagi setiap satu burger yang dipesan.

Selain itu, Muhammad Syamrie turut memaklumkan pihak staf sudah memaklumkan kepada pelanggan ini terlebih dahulu mengenai pesanan yang dibuat manakala papan menu beserta harga turut tersedia di bahagian hadapan gerai. Malah, pelanggan tersebut bukanlah pertama kali membeli di gerai berkenaan.

Beliau turut memaklumkan tndakan wanita berkenaan untuk berkongsi di media sosial beserta harga dengan seolah mahu sabotaj perniagaan mereka. Sebaliknya, beliau berharap agar membuat aduan kepada pihak mereka terlebih dahulu sekiranya berIaku sebarang keraguan.

Perkngsian wanita tersebut secara tidak langsung telah membuat jenama Otai Burger yang puluhan tahun dibangunkan itu tercaIar menurut beliau. Diharap ctuasi seperti ini tak lagi berulang kerana mampu membawa kepada persepsi burok kepada sesebuah bisnes sebaliknya berbincang terlebih dahulu mengenai harga dan pesanan kepada pihak pekedai.

Apa Pendapat Anda..? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih..!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Jalan Kami Network

sumber : vocket

Harap Maaf