Harga Roti Canai Mungkin Meningkat Disebabkan Peningkatan Kos

SEPERTI ramai sedia maklum, akhir-akhir ini dapat dilihat peningkatan harga kos bahan meIibatkan makanan dan sebagainya yang sekaligus bakal memberi kesan besar kepada pengguna. Hal ini sekaligus turut membuatkan pemilik premis makan untuk menaikkan harga makanan berikutan harga bahan yang semakin meningkat.

Terbaharu, menerusi peningkatan kos harga gandum yang meningkat, Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Muslim Malaysia (PRESMA) memaklumkan mungkin terpaksa naikkan harga roti canai berikutan peningkatan kos harga gandum yang tinggi meskipun sebelum pengharoman eksport dari negara India.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan ahli PRESMA sedang sedaya upaya mengeIak daripada meningkatan harga jualan. Kerajaan Malaysia juga sebelum ini memaklumkan Malaysia mengimport sekitar 80% gandum dari Australia sekaligus membuatkan pengharoman gandum dari India tak memberi kesan yang besar.

Setakat ini, harga roti canai diIaporkan dijual sekitar RM1.20 ke RM1.70. Diharapkan agar harga yang ditawarkan dapat dikekalkan dalam mengelakkan orang ramai terb3ban dengan peningkatan harga yang semakin tinggi.

sumber : vocket

Harap Maaf