Hei Sis, Ada Masalah Payudara Kendur?

Memiliki payudara yang kendur di usia muda sudah pasti menjadi igauan buat semua wanita. Ini kerana payudara merupakan salah satu “aset terpenting” buat kaum hawa.

Banyak faktor yang membuatkan payudara mudah kendur, antaranya berpunca dari faktor kenaikan berat badan, rawatan penurunan berat badan, pengamalan produk jamu pelangsing dan pemakaian bra yang salah.

Bagi yang mengalami masalah ini, usahlah risau kerana masih belum terlambat untuk memperbetulkan kembali “ke bentuk asal”. Ikut cara-cara dibawah dengan betul, tips dibawah ini dipetik dari Wanista.

#1 Perhatikan & Jaga Berat Badan
Sudah menjadi lumrah bagi wanita, berat badan mudah sahaja untuk turun dan naik. Tetapi, cuba perhatikan dan kawal turun naik berat badan anda secara konsisten.Adalah lebih baik untuk anda menurunkan berat badan secara perlahan dari menurunkan berat badan secara dramatik.Jika anda seorang wanita yang tidak punya dengan masalah berat badan, itu mungkin satu bonus!

#2 Pelihara Payudara Ketika Berlari
Payudara turut bergerak ketika anda melakukan senaman yang ekstrem seperti berlari mahupun melompat.
Kita semua jelas bahawa senaman adalah sesuatu yang patut diamalkan leh semua orang kerana sedikit sebanyak ia memberi mpak positif terhadap kesihatan tubuh anda. Namun begitu, jangan lupa untuk pelihara ‘aset’ anda.
Manfaatkan bra bersukan berkualiti yang dapat menampung payudara secara selesa dan rapi untuk mengelak ia dari menjadi tidak stabil.

#3 Minum Jus Oren
Betul! Jus oren dapat mengelak payudara anda menjadi kendur.Makanan dan minuman yang mengandungi khasiat vitamin C dapat menghalang masalah payudara kendur ia dapat memperbaiki keanjalan kulit.Jika tidak, mengambil makanan tambahan yang berbentuk tablet vitamin C juga memadai supaya anda tetap mendapat kebaikkan darinya. Jangan lupa dapatkan nasihat kadar pengambilan dari doktor anda terlebih dahulu okay?

#4 Jangan Lupakan Pelindung Matahari!
Buat anda yang gemar memakai pakaian terdedah sehingga menampakkan bahagian dada, pastikan anda menyapu krim atau cecair pelindung matahari di sekitar kawasan kulit payudara atau dada yang terdedah pada pancaran matahari.Tahukah anda bahawa cahaya matahari dapat mempercepat proses penuaan yang menjadi punca kepada kemunculan kedutan serta hilang keanjalan. Jangan lupakan kawasan sekitar leher juga!

#5 Buat Pilihan Makanan Yang Tepat
Ingat! “Anda adalah apa yang anda makan”. Jika anda ambil makanan yang sihat danb berzat, sudah tentulah tubuh badan anda akan sihat senantiasa.Kawal pengambilan makanan yang berlemak dan bergula.

#6 Pilih Baju Dalam Yang Padan
Bra yang sesuai dengan ukuran badan anda adalah baik untuk menyokong berat payudara.Beli baju dalam yang berkualiti dan bukannya hanya berpandukan jenama semata-mata.Kita semua punyai jenama pakaian dalam kegemaran antaranya seperti Victoria’s Secret, La Senza, Triumph, Wacoal dan lain-lain. Namun, pilihlah bra yang diperbuat dari material yang selesa, serap peluh, isian pad sokongan payudaranya juga tebal dan sebagainya.Lakukan ukuran rangka tubuh dan saiz payudara anda setiap tahun kerana saiz payudara anda mungkin berubah mengikut tahun. Pastikan anda memakai bra yang padan dengan saiz ‘aset’ anda okay?

Jika kaedah-kaedah diatas dilakukan secara berterusan, hasilnya pasti mampu membuatkan anda tersenyum dan anda akan lebih yakin dengan penampilan diri sendiri.

Harap Maaf