Hizbul Bahr – antara zikir yang selalu diamalkan oleh orang sufi

 

Tahukah sahabat-sahabat apakah yang dikatakan hizbul bahr?? Hizb al-bahr ini adalah hizib yang termasyhur disamping dua hizib lagi iaitu hizb an-Nawawi dan Ratib Hadad. Ketiga-tiga ini adalah milik wali-wali Qutub. Wali Qutub ialah ketua para wali atau pusat para wali di dunia ini pada zamannya. Yang mana mereka ini adalah orang yang amat bertakwa kepada Allah secara zahir dan batin.

Tujuan asal amalan hizib-hizib adalah untuk membawa diri seseorang itu menjadi dekat dengan Allah S.W.T. Dalam arti kata lain, Mengharapkan redha Allah dalam mengamalkannya disamping melakukan amalan-amalan wajib seperti solat fardu, puasa, mengeluarkan zakat, jauhi maksiat dan sebagainya. Ini kerana Hizib adalah juga kategori doa atau zikir yang bertujuan memperkuat tauhid pengamal tersebut.

Diceritakan, suatu hari Al-Imam ingin pergi ke Makkah al-Mukarramah untuk menunaikan fardu haji melalui jalan laut. Kapten kapalnya itu seorang nasrani (kristian). Di tengah-tengah perjalanan tiba-tiba angin tidak lagi bertiup, ini membuatkan kapal yang al-Imam naiki tidak boleh berlayar. Bukan setakat sehari, malah berhari-hari. Semua awak-awak kapal menjadi gelisah dan berdukacita.

Dalam kegelisahan inilah, Imam Abu Hasan asy-Syazili bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W. Baginda S.A.W mengajarkan al-Imam akan hizb ini. Apabila tiba waktu siang, al-Imam menyuruh kapten kapal itu bersiap-siap untuk berlayar. Dan ini menyebabkan kapten kapal itu kehairanan, lalu bertanya. Kapten kapal : “Mana Anginnya, tuan?”. Jawab al-Imam : ” Sudah! siap-siap, sekarang angin datang!”. Dengan Izin Allah S.W.T beberapa saat kemudian angin pun datang. Oleh kerana peristiwa yang luar biasa ini, kapten kapal yang seorang nasrani itu pun memeluk Islam. MasyaAllah.

Kenali al-Imam Abu Hassan asy-Syazili
Nama sebenar : Abu Hassan Ali b. Abdullah b. Abdul Jabbar b. Tamim b. Hurmuz b. Hatim b. Qushoy b. Yusuf b. Yusya’ b. Ward b. Abu Batthal Ali b. Ahmad b. Muhammad b. Isa b. Idris b. Abdullah b. al-Hasan al-Mutsanna b. al-Hasan b. Ali b. Abu Thalib Karamallahu wajhah suami Fatimah bt. Muhammad S.A.W.
Tempat lahir : Kampung Syazilah iaitu sebuah kampung di Afrika.
Tarikh lahir : 593 H.
Menetap : Di Iskandariah iaitu sebuah bandar besar di Mesir menyebarkan ilmu dan menjadi Syeikh Tariqat asy-Syaziliah. Beliau seorang yang buta tetapi Alah telah gantikan dengan penglihatan yang terang benderang.
Wafat : Di padang Sahara Iz’aab pada 656 H dalam perjalanan menunaikan haji

Harap Maaf