Hukum Suami panggil isteri dengan panggilan “ummi”, “ibu” atau “mama”

Dunia internet zaman sekarang sangat canggih dan boleh menjadikan internet dan media sosial menjadi salah satu platform untuk berdakwah kepada umat islam ataupon non muslim. Platform ini juga digunakan oleh Pencetus Umma (PU) Azman atau nama sebenarnya Azman Shah Alias untuk berkomunikasi dengan peminat secara langsung berdakwah.

Perkongsian yang terbaru dari beliau adalah hukum Suami panggil isteri dengan panggilan “ummi”, “ibu” atau “mama”.

Mari kita lihat hukumnya :

“Suami panggil isteri dengan panggilan yang biasa dipanggil dengan mahrom seperti ummi, ibu. Adakah ianya jatuh hukum zihar?.

Apakah maksud zihar?.

Zihar ialah menyamakan pungg0ng atau mana-mana bahagian tubuh isteri dengan pungg0ng atau mana-mana bahagian tubuh wanita yang har4m dikahwini oleh suami selama-lamanya seperti ibu kandung suami.

Contoh suami cakap kat isteri, “pungg0ng awak sama macam pungg0ng mak saya”.

Maka penyamaan ini dari sudut suami anggap har4m isteri itu dis3tubuhi sebagaimana har4m dia bers3tubuh dengan ibu kandungnya.

Zihar pada zaman jahiliyyah dianggap sebagai bentuk tal4k.

Hukumnya har4m dan berd0sa besar.

Tapi, hari ni kalau ada suami panggil isterinya mama, ibu, ummi atau yang sewaktu dengannya, adakah panggilan ini sama dengan hukum zihar?.

Maka kena bandingkan hakikat zihar yang ada dalam syariat dengan budaya panggilan ni.

Sebahagian ulama mengatakan makhruh kerana bimbang sama macam zihar.

Tapi sebahagian ulama lain mengatakan harus dan takder masalah sebab panggilan suami tu tak bermaksud menziharkan isteri kerana niat para suami ialah.

Panggilan kasih sayang.

Panggilan untuk mendidik anak-anak supaya panggil macam tu kat mak diorang.

Panggilan yang bermaksudkan isteri itu adalah ibu kepada anak-anak suami, bukan ibu kepada suami.

Kesimpulannya, suami boleh panggil isteri dengan panggilan di atas dengan syarat dan niat di atas dan tak jatuh hukum zihar.

Isteri juga boleh panggil suami dengan panggilan ayah atau abi.

Cik Man tak bahaskan tentang isteri panggil suami, sebab isteri tak pegang kuasa talak.

Yang abi tu jangan tambah ‘b’ pulak.”

 

View this post on Instagram

 

Suami panggil isteri dengan panggilan yang biasa dipanggil dengan mahrom seperti ummi, ibu. Adakah ianya jatuh hukum zihar?. . Apakah maksud zihar?. . Zihar ialah menyamakan punggung atau mana-mana bahagian tubuh isteri dengan punggung atau mana-mana bahagian tubuh wanita yang haram dikahwini oleh suami selama-lamanya seperti ibu kandung suami. . Contoh suami cakap kat isteri, “punggung awak sama macam punggung mak saya”. . Maka penyamaan ini dari sudut suami anggap haram isteri itu disetubuhi sebagaimana haram dia bersetubuh dengan ibu kandungnya. . Zihar pada zaman jahiliyyah dianggap sebagai bentuk talak. . Hukumnya haram dan berdosa besar. Tapi, hari ni kalau ada suami panggil isterinya mama, ibu, ummi atau yang sewaktu dengannya, adakah panggilan ini sama dengan hukum zihar?. . Maka kena bandingkan hakikat zihar yang ada dalam syariat dengan budaya panggilan ni. Sebahagian ulama mengatakan makhruh kerana bimbang sama macam zihar. . Tapi sebahagian ulama lain mengatakan harus dan takder masalah sebab panggilan suami tu tak bermaksud menziharkan isteri kerana niat para suami ialah. . Panggilan kasih sayang. . Panggilan untuk mendidik anak-anak supaya panggil macam tu kat mak diorang. . Panggilan yang bermaksudkan isteri itu adalah ibu kepada anak-anak suami, bukan ibu kepada suami. . Kesimpulannya, suami boleh panggil isteri dengan panggilan di atas dengan syarat dan niat di atas dan tak jatuh hukum zihar. . Isteri juga boleh panggil suami dengan panggilan ayah atau abi. . Cik Man tak bahaskan tentang isteri panggil suami, sebab isteri tak pegang kuasa talak. . Yang abi tu jangan tambah ‘b’ pulak.

A post shared by Azman Syah (@pu_azman) on

Berikut adalah antara komen nitezen :

Sumber : IG PU Azman

Harap Maaf