Ibu Abam Menangis Atas Kerusi Roda, Anak Ingin Rasa Kasih Sayang Ayah

Pemergian Abam Bocey masih mengundang suasana sebak dan piIu dalam kalangan rakan selebriti dan peminatnya yang sukar mempercayai kehilangan pelawak popular itu.

Apatah lagi bagi ahli keluarga untuk menerima ujian tersebut selepas kehilangan orang tersayang secara mengejut.

Terbaru, tiga keping gambar anak lelakinya Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey tuIar di laman Facebook setelah dimuat naik radio Zayan.
Mak kepada Allahyarham Abam dengan anak yang ditinggalkan arwah,” tulis posting berkenaan.
Menerusi gambar tersebut, kelihatan ibunya Rosbiah Arshad yang berkerusi roda menahan sebak manakala anaknya yang berusia lima bulan itu duduk di pangkuan wanita berkenaan.

Rata-rata netizen memberikan komen turut meluahkan rasa sediih apatah  lagi melihat anak Allahyarham yang masih kecil dan tidak mengerti apa yang berlaku.

Terdahulu, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan menlnggaI dunia di kediamannya di Gombak, Selangor pagi tadi dipercayai akibat demam panas.

Sumber:Zayan via Note untuk awak

Harap Maaf