Ibu T3rkejut Anak Usia 4 4ahun Jadi ‘tauke’, Buka ‘kedai’ Mainan Depan Rumah..

MACAM-macam ragam anak-anak kecil sepanjang berada di rumah ketika pelaksanaan Per1ntah Kawal4n Pergerakan (PKP).

Begitulah yang berlaku pada si cilik yang membent4ngkan sejumlah permainannya yang disusun cantik di luar pintu pagar rumah.

Dis4ngka untuk bermain, rupa-rupanya si anak mahu menjual kesemua permainan yang dibent4ngkan itu pada harga RM5!

Bapa kepada kanak-kanak itu, Abdul Rashidde Jemain tampil menjelaskan bahawa kejadian berlaku pada petang Khamis minggu lalu ketika dia keluar bekerja.

Lelaki berusia 31 tahun itu dim4klumkan isterinya yang ketika itu berada di rumah mengenai anak lelaki mereka, Hadif Mishary, 4, empat tahun menyuarakan hasrat untuk menjual permainannya.

“Anak saya beritahu isteri yang dia nak jual mainan. Isteri saya pada mulanya meny4ngka anak saya sekadar nak main-main saja, jadi dia pun mel4yan.

“Isteri saya tanya ‘abang (pangg1lan anak) nak jual berapa?’. Dia jawab ‘abang tak nak harga besar-besar, RM5 je’. Jadi isteri pun tulis pada sekeping kadbod,” katanya kepada mStar.

anak jual mainan 5

Anak Shide meminati adiwira Spider-Man.

Shide berkata, anak sulungnya itu kemudian membawa bakul yang mengandungi sejumlah permainan ke luar rumah sebelum menyusunnya satu persatu di luar pintu pagar.

“Sekali betul-betul dia nak jual permainan dia. Terdapat kira-kira 12 patung superhero yang disusunnya sendiri. Dia panggil kawan-kawan, yang merupakan anak-anak jiran,” ujarnya.

anak jual mainan 6

Sebahagian koleksi permainan anak Shide.

Menurut bapa kepada tiga cahaya mata itu, ‘kedai jualan’ anaknya itu menarik perhatian rakan-rakannya sehingga ada yang menawarkan untuk membeli.

“Budak-budak minat superhero, jadi patung mainan tu memang laku. Tapi tiba-tiba anak tak jadi jual pemainan pula, sebaliknya dia ajak kawan-kawan dia main bersama… tak tahu sebab apa berubah fikiran,” ujarnya yang menetap di Pasir Gudang, Johor.

Bagaimanapun kata Shide, anaknya tu sememangnya mempunyai semangat untuk berniaga kerana sering menemaninya menjual kasut terpakai (bundle) sejak Ogos 2020.

“Saya berniaga kasut bundle secara kecil-kecilan. Dia suka ikut saya berniaga kasut bundle, jadi saya bawa dia temankan saya menjual sama ada di pasar pagi atau di kedai di Pasir Gudang.

“Bila tak ada pelanggan, anak akan cakap ‘tak ada orang beli pun?’. Lepas tu bila nampak orang lalu atau tengok kasut, dia akan cakap ‘beli-beli’ macam nak promote pujuk orang beli,” katanya yang kini menumpukan jualan secara dalam talian berikutan pelaksanaan PKP.

anak jual mainan 4

Anak Shide sering menemaninya berniaga kasut bundle.

Dalam pada itu, Shide yang bertugas sebagai juruteknik sepenuh masa mengakui anaknya mempunyai banyak koleksi permainan, di mana sebahagiannya daripada stok yang tidak terjual sewaktu berniaga barang permainan dari 2018 hingga 2019.

“Dia ni seorang yang aktif dan lasak serta ceria. Suka juga tengok kartun, berebut depan TV dengan adik perempuan dia yang berusia dua tahun,” katanya sambil menambah menjual kasut bundle berharga antara RM25 hingga mencecah lebih RM100 sepasang.

anak jual mainan 3

Shide (baju putih) bersama keluarga.

Walau bagaimanapun, dia tidak meny4ngka anaknya itu menetapkan harga RM5 untuk setiap permainan yang dib3ntangkannya di luar rumah, kononnya untuk dijual pada hari berkenaan.

“Ini kerana masa dia masih kecil lagi, saya dan isteri selalu buat simpanan setiap RM5 dalam tabung untuk dia. Kebanyakannya RM5, mungkin itu sebab anak pun terikut sebut RM5… tapi sekarang semua duit tabung tu dah dimasukkan ke dalam akaun bank,” katanya.

Min doakan semoga adik ini menjadi salah seorang ahli perniagaan yang berjaya di masa hadapan.

sumber:mstar

Harap Maaf