IG Story Zul Ariffin Dengan “Kesayangan” Buat Ramai Wanita Komen Patah Hati

BARU-BARU ini perkngsian pelakon Zul Ariffin yang memuat naik video di Insta Story bersama seorang gadis cantik membuatkan ramai netizen tertanya-tanya.

Menerusi video tersebut, gadis itu dilihat mesra dengan pelakon berbadan sasa itu serta memanggil Zul dengan panggilan sayang.

Hantaran itu dimuat naik semula oleh Zul yang diambil dari IG Story wanita berkenaan yang menggunakan akaun @sharleen_xo. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan identiti gadis cantik berkenaan.

Menerusi ruangan komen di TikTok Zul, rata-rata peminat wanita patah hati melihat video berkenaan. Namun ada yang mendoakan agar pelakon itu segera berkahwin.

Namun, ramai yang tertanya-tanya siapakah gadis bernama Sharleen itu dan apa hubungannya dengan Zul..? Sama-sama kita nantikan jawapan daripada tuan badan sendiri.

sumber : RotiKaya

Harap Maaf