“I’m good πŸ‘ŒπŸ»” – Terpalit Isu Cerai, Netizen Beri Semangat Buat Siti Saleha

TIADA angin tiada ribut, rumahtangga pelakon berbakat, Siti Saleha dikatakan dalam keadaan bergolak apabila dia hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kes penceraiannya.

Perkhabaran itu tentu sekali mengejutkan kerana Siti Saleha tidak pernah membuka kisah peribadi di media sosial mahupun kepada pihak media.

Terbaru, Siti Saleha mencuri tumpuan orang ramai apabila memuat naik foto dengan kapsyen seolah-olah menggambarkan keadaannya kini.

Menurut pelakon yang popular dengan watak Mia Adriana ini, dia berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SITI SALEHA (@sallywho)

Meninjau ke ruangan komen, perkongsian pelakon ini dihujani kata-kata semangat daripada para peminat. Mereka berharap Siti Saleha atau lebih mesra dipanggil Sally kuat menempuhi ujian ini.

β€œHanya diri sendiri yang tahu apa terbaik untuk kita,” tulis seorang netizen di bahagian komen.

Tak kurang juga yang berseloroh mengaitkan Sally dengan watak Mia Adriana dalam Tujuh Hari Mencintaiku. Dalam siri drama itu, Mia merupakan seorang gadis yang angkuh dan ego.

β€œSaya tahu awak kuat Mia Adriana. Jangan pula pergi kahwin dengan Jali.”

siti saleha

Sekadar info, Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada tanggal 28 Julai 2017 dan selepas empat tahun bersama, mereka masih belum mempunyai rezeki untuk dikurniakan cahaya mata.

Semoga segala urusannya dipermudahkan.

sumber ; beautifulnara

Harap Maaf