Influencer DiPersoal Netizen Kerana Menonton Bola Bersama Pasangan Sedangkan Mereka Belum Kahwin

KETIKA rakyat Malaysia ‘bitter’ kerana banyak berkurung di rumah, ada sahaja individu seolah-olah sengaja mengundang k3caman orang ramai atas tindakan yang dilakukan.

Terbaru, sepasang personaliti media sosial menjadi bualan di laman Twitter apabila didakwa bersama menonton perlawanan bola sepak antara pasukan Argentina dan Brazil yang berlangsung pagi semalam.

Menurut warganet, personaliti media sosial yang dipercayai pasangan kekasih itu merakam foto dengan latar belakang suasana serta lokasi yang sama walaupun bergambar secara berasingan.

Lokasi sama? Laki bini ke?

Seorang pengguna Twitter, @MOFASAD memuat naik tangkap layar kedua-dua posting foto oleh pasangan tersebut yang dilihat meraikan kemenangan pasukan Argentina bersama kucing kesayangan.

Berikutan itu, segelintir warganet menggesa pihak berkuasa membuat s1asatan sekiranya terdapat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang diIarang untuk melakukan aktiviti ziarah ketika ini.

Sembang pasal adab, tapi tengok bola serumah

Tolong s1asat pakwe makwe tu!

Tak kahwin lagi, mana boleh melawat?

Bagaimanapun, ada juga warganet berpendapat bahawa foto salah seorang pasangan itu mungkin suntingan semata-mata dengan menggunakan ‘effect’ skrin hijau.

Kucing tu pun ‘edit’…

Entahlah… Harap mereka tampil menjelaskan – Tinggal berjiran? Sudah berkahwin? Hanya suntingan atau sebaliknya?

sumber : OhMyMedia

Harap Maaf