“Ingatkan ahli keluarga murid tahfiz datang”-Pengasas Pusat Tahfiz

KUANTAN – Hanya kalimat ‘masya-ALLAH’ dan ‘Allahuakbar’ yang mampu diucap oleh Pengasas Pusat Tahfiz Miftahul Qura, Bukit Bayroute, Mohd Abdul Salam Abdul Ghani apabila menerima kunjungan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah yang mencemar duli melawat pusat tahfiz itu.

Mohd Abdul Salam ketika dihubungi Sinar Harian berkata, kunjungan Tengku Hassanal kira-kira jam 5 petang itu benar-benar mengejutkan malah menjadi peristiwa yang cukup bermakna buat dirinya dan pelajar Pusat Tahfiz Miftahul Qura’.

Berkongsi keterujaan itu, Mohd Abdul Salam memberitahu perasaan gemuruhnya ketika berdepan Pemangku Raja Pahang itu kerana tidak bersedia dengan kunjungan tersebut.

Berkongsi kisah itu, Mohd Abdul Salam berkata, ketika ketibaan Tengku Hassanal di hadapan rumahnya, beliau sedang memandikan anak-anak di bilik air dan menyangka ada ahli keluarga murid yang datang untuk bertemu.

“Seorang anak memaklumkan ada orang nak jumpa. Sebaik sahaja keluar saya terkejut melihat tuanku berada di hadapan rumah sedang berbual-bual dengan beberapa pelajar diiringi polis pengiring.

“Saya langsung tidak menerima sebarang makluman atau diberitahu tentang kunjungan baginda ke sini. Tengku Hassanal seorang yang sentiasa mendekati rakyat dan tidak terlalu mementingkan protokol,” katanya.

Kejutan yang menjadi peristiwa penuh bermakna bagi Mohd Abdul Salam dan warga Pusat Tahfiz Miftahul Qura dimuat naik di laman Facebook sebelum dikongsi netizen.

Mohd Abdul Salam memberitahu, Tengku Hassanal juga berkenan meninjau pusat tahfiz itu dan menghulurkan sumbangan serta meminta kerosakan dibaiki segera sebelum berangkat pulang ke istana.

Bagaimanapun katanya, tidak banyak gambar yang dapat dikongsi kerana beliau terlupa membawa telefon untuk merakam kenangan sepanjang lawatan berkenaan.

“Mujurlah sempat juga terlintas untuk berbuat demikian walaupun agak terlambat. Jadi dengan bantuan pegawai pengiring, sempatlah beberapa keping gambar bersama tuanku dirakam,” katanya.

Menurutnya, lebih teruja beliau sempat menyembah maklum untuk menghadap Pemangku Raja Pahang itu di istana dan hasrat itu diperkenankan.

Mohd Abdul Salam turut memuat naik gambar kunjungan Pemangku Raja Pahang itu di akaun Facebooknya kelmarin dan dikongsi beberapa netizen yang memuji Tengku Hassanal yang disifatkan berjiwa rakyat.

Sebelum ini Tengku Hassanal Selamba Turun Dari Kenderaan Walaupun Hujan Tengah Lebat

Meskipun hujan lebat baginda yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur hari ini tetap memberhentikan kenderaannya dan turun mencemar duli membantu dan bertanya khabar mgsa kmIangan jalan raya itu.

Demikian sikap prihatin dan berjiwa rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mewarisi sikap keprihatinan tinggi ayahandanya yang jelas apabila baginda mencemar duli membantu mgsa kmIangan di Kilometer 103.3 Lebuhraya Pantai Timur dekat Lanchang di sini hari ini.

Sambil memegang payung baginda bertanya khabar kepada dua mgsa berbangsa Cina yang terlibat dalam kmIangan itu.

Selepas berpuas hati dengan keadaan mangsa, Pemangku Raja Pahang meneruskan perjalanan ke Ibu Negara.

Dalam pada itu, KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menasihati semua pengguna jalan raya supaya memandu dengan berhati-hati terutamanya ketika hujan lebat bagi mengelakkan kmIangan.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd. Yusri Othman berkata pihaknya maklum mengenai kmIangan pada pukul 2.26 petang akibat terbabas sendiri yang dilawati Pemangku Raja Pahang itu.

Katanya kmIangan berlaku semasa pemandu dan seorang penumpang dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur.

” Apabila sampai di tempat kejadian pemandu kereta berkenaan gagal mengawal kenderaan kerana jalan licin dan hujan lebat menyebabkan terbab4s dan terbalik di tengah jalan menghala ke Kuala Lumpur.

” Akibat daripada perlanggaran tersebut, pemandu mengalami keced3raan ringan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Lanchang untuk menerima rawatan,”ujarnya.

Kjadian berlaku di Kilometer 103.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Lanchang, Temerloh, pada 2.30 petang hari ini.

Tengku Hassanal yang ketika itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sempat memberhentikan kenderaan untuk membantu mgsa.

Difahamkan, kedua-dua mgsa yang dalam perjalanan dari Sungai Lembing di Kuantan hanya mengalami keced3raan ringan.

Berdasarkan perkongsian menerusi laman Facebook Kerajaan Negeri Pahang, Tengku Hassanal yang ketika itu dalam perjalanan ke ibu negara menuruni kenderaan untuk memeriksa keadaan dan berbual dengan pemandu terbabit.

Sambil berpayung, baginda sempat bertanya khabar kedua-dua mgsa sebelum melihat sendiri kenderaan yang terbabit kmIangan.

Dalam kejadian itu, kelihatan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas.

Pada pagi hari ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli turun daripada kenderaan rasmi baginda bagi memeriksa keadaan mgsa kmIangan berhampiran plaza tol Lebuhraya Maju Expressway (MEX).

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Harap Maaf