Inilah Posting Terakhir Ebit Lew Setelah Bapanya MeninggaI Dunia…Takziah Ustaz

MINGGU lalu, pendakwah bebas Ebit Lew berkongsi perkembangan di mana beliau telah melawat bapanya yang sedang tenat di hospital setelah pulang dari m1si kemanus1aan di G4za.

Namun pada hari ini, netizen dikejutkan dengan berita pemergian bapa pemilik nama Ebit Irawan Ibrahim Lew terbabit. Perkhabaran duka itu dikongsi sendiri oleh pend4kwah berusia 37 tahun itu menerusi laman sosial Facebook miliknya, petang ini.

Pohon doa buat arwah bapa

“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggaI dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti Ebit sampai yer. Ya Allah ampunilah bapak,” coretnya sayu.

Difahamkan lagi, jenaz4h arwah bapanya Ibrahim Lew kini berada di Gleneagles Hospital dan bakal dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang. Seterusnya, jenaz4h akan dibawa ke Muadzam Shah, Pahang untuk disemadikan di sana.

Dalam pada itu, pemilik perusahaan Elewsmart itu turut meminta doa daripada orang ramai dan memohon agar menghadiahkan al-Fatihah buat arwah bapa tercinta.

Terdahulu, Ebit berkongsi bahawa keadaan bapanya sudah semakin ten4t kerana sel k4nser telah merebak ke seluruh badan.

Lebih mengharukan lagi ketika bapanya masih sedar, arwah sempat menitip pesan sewaktu beliau di luar negara agar meneruskan m1si kemanus1aan dengan membantu orang lain sampai bila-bila.

Allahuakbar, ramai yang bersedih dengan perkhabaran ini. Terima kasih bapa Ustaz Ebit Lew kerana telah membesarkan & mendidik seorang insan hebat. Salam takziah.

Al-Fatihah.

sumber : OhMyMedia

Harap Maaf