Isu Bantuan Khusus Artis, Black Mahu Saman Paksu?

Beberapa hari lepas, kecoh di media sosial apabila isu ‘bantuan khusus artis’ dimainkan yang dikatakan bermula dari kenyataan Black Hanifah.

Walau bagaimanapun menurut Black, kenyataannya itu sebenarnya bukan untuk dirinya tetapi bantuan buat anak-anak seni yang terkesan dengan PKP semasa penularan wabak COVID-19.

Rentetan daripada isu itu, beberapa netizen telah meluahkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Black.

Salah seorang yang menyuarakan isu tersebut adalah pengguna Facebook dengan nama Redzuan Manaf atau pun membahasakan dirinya Paksu.

Menerusi perkongsian di Facebook, Paksu telah berkongsi gambar Black dan beberapa artis yang lain dengan kenyataan berikut.

Namun tidak sampai sehari, Paksu telah memberitahu di mana dia telah menerima mesej peribadi dari Black.

“Guys. Kan paksu dah cakap semalam yang paksu pasti kena saman. Hahhh mana korang yang sokong paksu tu datanglah tunjukkan kesetiaan. Takkan korang nak tengok paksu dipenjarakan!!!”

Menurutnya, dia menerima mesej tersebut yang mengatakan tindakan undang-undang akan diambil kepadanya.

“Assalamualaikum, saya di sini ingin memaklumkan. Segala posted yang mendatangkan kecaman keatas saya secara sengaja. Saya akan mengambil tindakan undang-undang / saman malu.”

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan perkara tersebut dan mendoakan Paksu dipermudahkan urusannya.

Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua pihak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Yoy Network

Harap Maaf