J Eshan Nufail Nama Permata Hati Jahidah Nordin Bermaksud Pemberian Allah SWT

SEBELUM ini ramai ingatkan nama bayi miracle yang dilahirkan oleh ibunya yang koma adalah Jihady Nisywan. Namun setelah seminggu dilahirkan, ahli keluarga memilih nama J Eshan Nufail untuk bayi kepada mngsa kegnasan rumah tangga, Jahidah Nordin yang membawa maksud Pemberian Dari Allah SWT.

Mesra dipanggil Baby J

J Eshan Nufail yang mesra dengan panggilan “Baby J” itu kini berada di bawah jagaan adik Jahidah iaitu Fauziah Nordin, 40, yang tinggal di Bandar Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan.

Fauziah berkata, nama J Eshan Nufail dipilih sendiri olehnya membawa maksud dalam berkah dan hadiah daripada Allah manakala J itu merujuk kepada nama ibunya Jahidah, 43.

“Alhamdulillah kini “Baby J” berada di rumah dan bacaan penykit kuning atau jaondis neonatal yang dialaminya sudah menurun. Tetapi masih kena pantau (bacaan kuning)” katanya.

Dalam kandungan doktor maklumkan kaki kecil, tapi keluar semua normal

Menurut Fauziah, mereka sekeluarga bersyukur J Eshan Nufail membesar dengan baik walaupun ketika dalam kandungan doktor memaklumkan kakinya agak kecil.

“Tetapi sekali keluar bayi sihat dan normal, sekarang siap boleh angkat kepala dan badan walaupun baru masuk seminggu,” katanya.

Jahidah selamat melahirkan bayi tersebut secara pembdahan kcemasan kira-kira pukul 9 malam, 30 November lalu.

Telinga seakan kalimah Allah

Fauziah yang sering berkongsi perkembangan terbaharu “Baby J” menerusi media sosial Facebook dan Tiktok turut memberitahu, ada dalam kalangan netizen memaklumkan telinga bayi itu mempunyai perkataan seakan kalimah Allah.

“Pada mulanya saya juga tidak perasan, mungkin ini tanda kebesaran Allah, semua orang sayangkan”Baby J” dan kakak Jahidah,” katanya.

Fauziah berkata, Jahidah kini berada dalam keadaan stabil tetapi masih di bawah pemantauan doktor di Wad Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).

Rezeki tak putus untuk baby

Dalam pada itu, jelas Fauziah, sejak Jahidah melahirkan J Eshan Nufail setiap hari ada individu yang prihatin dan mahu sama-sama membantu meringankan beban dia sekeluarga menjaga Jahidah serta permata hatinya itu.

“Bantuan ini sangat bermakna dalam menguruskan kakak Jahidah dan bayi kecil ini, selain semangat semua orang membuatkan saya dan keluarga terus kuat,” katanya lagi.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin memberikan sumbangan ikhlas boleh berbuat demikian menerusi akaun bank CIMB 7617797037 (Fauziah Nordin).

Dalam kejadian pada 4 Mei lalu, Jahidah, yang menetap di Johor Bahru k0ma disbabkan kcderaan p4rah pada kepala dengan tengkorak terpksa dibuang ak1bat pendrahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukuI suaminya yang berusia 38 tahun.

Jahidah pada mulanya dimasukkan je 1CU Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.

Sebelum ini pada 17 Jun lalu, suami mngsa, Rosmaini Abd. Raof mengaku tidak bersaIah di Mhkamah Seksyen Johor Bahru, Johor atas pertduhan memukuI isterinya yang hamil sehingga k0ma dalam kejdian pada 4 Mei lalu.

sumber : Pa & Ma

Harap Maaf