Jangan Salahkan Kerajaan Jika Rakyat Langgar SOP – Finaz Yunus

PENGACARA dan juga personaliti TV, Finaz Yunus menggesa masyarakat supaya berhenti daripada menyalahkan kerajaan 100 peratus atas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga yang dilaksanakan hari ini.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, personality TV AL-Hijrah itu berkata, sebelum ini kerajaan pernah memberi kelonggaran, namun disia-siakan masyarakat dengan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Sudah-sudahlah salahkan kerajaan tentang PKP “separuh masak” dan sebagainya. Dari PKP fasa satu saya dah menjangkakan berkurung bukanlah solusi terbaik. Itu adalah langkah terakhir

“Kita hanya berjaya kawal kes apabila kerajaan “kurung” kita. Tapi bila kerajaan beri kepercayaan, PKP kembali diangkat (dimansuhkan), apa yang kita buat? Jangan kata golongan kayangan, Instagfamous dan selebriti sahaja yang langar SOP, kita pun sama,” katanya.

Ujar Finaz lagi, selepas kerajaan memberi kelonggaran, masyarakat mula tidak menjaga penjawakan fizikal, tidak memakai pelitup muka dan masih berkeliaran walaupun berstatus kontak rapat.

“Depan mata saya polis kena berkeras untuk minta orang awam beratur dengan penjarakan satu meter di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Semudah-mudah SOP pun kita perlukan polis,” ujarnya.

Disebabkan sikap sambil lewa tersebut, Finaz bertegas bahawa peningkatan angka kes pada hari ini bukanlah disebabkan PKP “separuh masak”, namun disebabkan oleh sikap masyarakat sendiri yang mengambil mudah tentang SOP.

“Menghapuskan cvd19 bukan kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan semata-mata.

“Jika lumpuh sektor kesihatan, masalah itu berlaku disebabkan hasil tangan-tangan kita yang ambil mudah dan pentingkan diri sendiri,” jelas Finaz.

Dalam hantaran itu juga, Finaz turut melahirkan rasa bimbang terhadap ekonomi negara yang perlu dijana selain memikirkan soal pendapatan rakyat terutama mereka yang hidup dalam kesempitan jika diarahkan untuk berkurung.

sumber : cari

Harap Maaf