Jumpa “Sesuatu” Di Jalan Biasa Dilalui Bukti Ustaz Kazim Disihir

ABANG kepada Ustaz Kazim iaitu Datuk Mohd Najmuddin Elias tidak menolak kemungkinan pendkwah terkenal itu terkena buatan orang.

Dia berkata kepada media, Ustaz Kazim atau nama sebenarnya Datuk Mohd Kazim Elias mengalami kesukaran untuk berjalan sejak menderita bengkak kaki dua minggu lalu.

“Ketika saya datang menziarahi Khamis lepas, beliau (Uztaz Kazim) menunjukkan beberapa keping gambar yang sepertinya ada unsur-unsur m1stik ditemui di jalan yang menjadi kebiasaannya lalu di situ.

“Maka, kami tidak menolak kemungkinan unsur (m1stik) itu ada berdasarkan keadaan beliau, kami telah melakukan usaha cara perubatan Islam untuk merawatinya,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Malah katanya, pakar perubatan juga gagal mengesan punca penyakit dialami adiknya itu.

Ustaz Kazim bagaimanapun dikatakan masih memerlukan rawatan susulan di hospital, namun dalam keadaan stabil.

Ramai-ramailah kita berdoa semoga Ustaz Kazim diberi kesembuhan dan dijauhi perkaran tak diingini.

sumber : cari

Harap Maaf