Jurulatih Gemar Buat Gurauan Lvcah Kepada Atlet Negara Terpalit Kes RogoI

ISU berkaitan gurauan Iucah dan rogoI kembali menular selepas ia menjadi topik hangat netizen membabitkan golongan artis baru-baru ini.

Ini jelas menunjukkan budaya tersebut masih berakar umbi dalam kalangan masyarakat kita.

Tidak terkecuali perkara seperti itu turut dirasai oleh sebahagian atlet dan ia turut menarik perhatian ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong yang berkongsi pengalamannya apabila terpaksa berhadapan dengan jurulatih yang sering membuat gurauan Iucah terhadap rakan atlet.

Menerusi ciapan di laman Twitter, Pandelela berkata, setiap kali perkara itu berlaku beliau akan mengambil sikap berdiam atau pun ketawa secara dibuat-buat kerana takut kepada jurulatih tersebut.

Malah, katanya, beliau pernah menegur perbuatan gurauan Iucah itu namun berakhir dengan dirinya dibuIi.

“Dulu saya ada seorang coach ni suka buat lawak Iucah, saya buat diam je tak pun fake laugh sebab takut dia. Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buIi balik. Tujuh tahun kemudian dia buat kes rogoI,” tulisnya.

Menerusi tandapagar #rapejokeisnotfunny beliau menyambung perkongsiannya itu mengesali tindakan tidak bermoral jurulatih terbabit itu dilindungi oleh ketua jurulatihnya sehingga perbuatannya semakin menjadi-jadi.

apa yang patut buat jika kanak kanak mengadu mengalami gangguan seksual 3

“Tapi paling sedih dalam tujuh tahun tu dia buat hal setiap tahun. Tapi kami atlet tak boleh buat apa, sebab backup besar dia adalah head coach kami sendiri.”

Bagaimanapun, beliau dan rakan-rakannya bernasib baik kerana dilindungi oleh persatuan sukan mereka.

Pandelela menambah, pengajaran daripada apa yang terjadi adalah kita memerlukan pemimpin yang bagus yang boleh membetulkan apa yang salah bukannya mereka yang memejamkan mata apabila berlaku kejahatan.

Beliau turut menasihatkan mereka yang sering berhadapan masalah lawak Iucah supaya tampil bersuara kerana hanya dengan bersatu perkara seperti itu dapat ditangani.

Katanya, pendedahan itu adalah kisah lama sambil menyatakan Khairy Jamaluddin yang pada ketika itu merupakan Menteri Belia dan Sukan membantu mereka dalam s1tuasi berkenaan.

Khairy yang kini merupakan Menteri Kesihatan turut membalas ciapan ini dengan menyatakan penghargaan kepada Pandelela kerana menyuarakan masalah dihadapi mereka.

Pada 10 Oktober 2017, negara dikejutkan dengan berita jurulatih pasukan terjun kebangsaan, Huang Qiang, didkwa di Mhkamah Sksyen atas pertduhan merogoI seorang atlet terjun kebangsaan wanita berusia 20 tahun di Kompleks Akuatik Sukan Negara, Bukit Jalil pada September tahun yang sama.

RogoI adalah perkara k3ji dan tidak bermoral, sememangnya tidak patut dijadikan bahan lawak. RogoI adalah satu tindakan menzalimi orang yang bukan hanya memberi ksan negtif kepada mngsa tetapi juga keluarga mngsa.

sumber : odisi

Harap Maaf