Jururawat Bunuh Diri Lepas Positif Covid-19 Kerana Takut Jangkiti Orang Lain

Bimbang menjangkiti orang lain dengan virus Covid-19, seorang jururawat bertindak membunuh diri.

Menurut Mirror, perkara itu didedahkan persekutuan kejururawatan di Itali.

Kredit foto: Mirror/Newsflash

Daniela Trezzi, 34, sebelum ini bertugas di barisan hadapan yang berusaha menangani penularan Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) Hospital San Gerardo, di Lombard, wilayah Itali yang paling teruk terjejas akibat wabak itu.

Difahamkan, Persekutuan Jururawat Kebangsaan Itali (FNOPI) yang mengesahkan kematian tragis Daniela berkata, pekerja kesihatan itu mengalami banyak tekanan.

Keadaan emosinya dilaporkan bertambah buruk apabila dia disahkan positif Covid-19 pada 10 Mac.

Kredit foto: Mirror/Newsflash

Menurut rakan-rakannya, Daniela mengalami tekanan berat kerana bimbang akan menjangkiti orang lain.

Berbalik pula di negara kita, Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkongsi lokasi di negara ini yang masih diklasifikasikan sebagai Zon Hijau.

Senarai itu disalurkan menerusi aplikasi Telegram rasmi MKN.

Berdasarkan informasi yang diberi, hanya 7 negeri saja yang terlibat.

Antaranya adalah Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Sabah Sarawak.

 

Jika mengikut daerah pula sebanyak 39 daerah kesemuanya.

Berikut adalah senarai penuh daerah yang diklasifikan sebagai Zon Hijau

  • 1. Kedah- Yan dan Pokok Sena
  • 2. Kelantan – Tanah Merah, Jeli dan Machang
  • 3. Terengganu – Hulu Terengganu
  • 4. Pahang – Cameron Highland dan Rompin
  • 5. Perak – Kampar
  • 6. Sabah – Beluran, Keningau, Kota Marudu, Kudat, Nabawan, Pitas, Tambunan, Tenom, Penampang, Kuala Penyu dan Tongod
  • 7. Sarawak – Kapit, Sri Aman, Asajaya, Baram, Bau, Balaga, Dalat, Daro, Julau, Kanowit, Matu, Maradong, Pakan, Saratok, Song, Tatau, Lubuk Antu, dan Selangau

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Cari, Gempak

 

Harap Maaf