Jutawan India belanja perkahwinan anak AS$82 juta kini mufIis

LONDON – Seorang ahli perniagaan, Pramod Mittal yang pernah dilaporkan membelanjakan AS$82 juta (RM351.37 juta) untuk majlis perkahwinan anak perempuannya selama tiga hari berturut-turut pada tahun 2013 telah diisytiharkan mufl1s, lapor portal berita Daily Beast pada 29 Jun lalu.

Beliau merupakan adik kepada taikun Lakshmi Mittal, 79, yang merupakan individu ke-19 terkaya di Britain yang menjadi bilionair sebagai ketua Arcelor iaitu syarikat pengeluar keluli terbesar dunia.

Lakshmi dianggarkan mempunyai kekayaan bernilai AS$10 bilion (RM42.85 bilion).

Namun, adiknya dilaporkan mempunyai hutang sebanyak AS$160 juta (RM685.60 juta).

Akhbar Britain, The Times melaporkan bahawa Pramod, 64, dianggap hilang kekayaan ketika terlibat dalam satu si4s4tan tentang jen4yah terancang.

Dia pernah disi4s4t p0lis Bosnia pada tahun lalu.

Dua beradik yang tinggal di rumah mewah di London itu tidak begitu akrab sejak beberapa tahun lalu.

Permusvhan antara kedua-dua beradik itu memang diketahui ramai pihak.

Sebelum ini, Pramod mengadakan perkahwinan mewah di Barcelona, Sepanyol pada tahun 2013 untuk anak perempuannya, Shristi dengan menampilkan kek setinggi enam tingkat dan seberat 60 kilogram yang dianggap sebagai satu pengh1naan kepada abangnya.

Ini kerana Lakshmi dikatakan pernah membelanjakan AS$60 juta (RM256.80 juta) untuk perkahwinan anak perempuannya, Vanisha.

Majlis perkahwinan pada tahun 2004 itu diadakan di Istana Versailles di luar Paris dengan persembahan penyanyi terkenal, Kylie Minogue dan pertunjukan bunga api yang dilancarkan dari Menara Eiffel.

Keb4nkr4pan Pramod itu adalah berdasarkan kepada perjanjian pada tahun 2006 apabila beliau bertindak sebagai penjamin untuk satu perniagaan Bosnia. – Agensi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Sinar via SoyaLemon

Harap Maaf