Gelagat Kakak Marah Adik – “Nasib Kau La Dik Dapat Kakak…”

Kanak-kanak adalah ibarat kain putih, kita yang dewasa yang mencorakkannya. Jika baik ‘lukisannya’ maka baguslah akhlak seseorang kanak-kanak tersebut. Malah anak-anak juga sering menjadikan ibu dan bapa mereka sebagai panduan. Maka disebabkan itulah kita yang dewasa ini perlu menjaga tingkah laku dan bahasa bila berbicara.

Baru-baru ini tular dengan satu video kanak-kanak perempuan yang membebel memarahi adik lelakinya. Menerusi video tersebut, kelihatan gelagat kakak marah adik lelakinya itu kerana sering bermain. Gelagat si kakak yang marah dan membebel itu memang nampak cukup matang sekali.

Video yang dikongsikan semula Facebook Sinar itu telah membuatkan warganet terhibur dengan gelagat kakak marah adik lelakinya tersebut. Berikut adalah video yang telah mencuri perhatian ramai itu:

Garang betul adik ini! Siap yang tukang rakam pun kena marah juga sekali. Baguslah, untung ibunya ada anak yang tegur adik kalau ada buat salah. Video tersebut telah meraih lebih 148 ribu tontonan dan dua ribu shares.

Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai video tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Ha..ambik tukang rakam pun kena beletiaq sekali….”

Kalau kakak kasi nasihat be like..Bukan aku ajer yang insaf…jiran sebelah aku pun terus insaf”

“Nasib ko la dik dapat kakak yang suke berleter…”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : HCL

Harap Maaf