“Kami Bukan RepubIik Pisang” – Peluang Kedua Kepada TesIa Untuk Teruskan Rundingan

PADA awal bulan Februari 2021, berita Tesla menghantar “pelan peIaburan” di Indonesia telah mengg3mpar warganet daripada negara-negara jiran. Dalam pelan tersebut, TesIa berminat untuk membangunkan “Energy Storage System” (ESS) atau sistem penyimpanan tenaga dalam skala yang besar.

Setelah hampir satu tahun berlalu, perkembangan terkini “pelan peIaburan” itu mendapati Tesla disahkan tdak akan membina kilang di Indonesia kerana rundingan dengan kerajaan negara tersebut gagaI, lebih-lebih lagi berkaitan syarat-syarat pembekaIan bahan mentah untuk membuat penjana kuasa.

Berita tersebut disahkan oleh dua pegawai kerajaan Indonesia yang bercakap secara berasingan dengan The Straits Times, dengan syarat nama mereka berdua tdak disiarkan.

Memetik Tempo.co pula, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan menyatakan wakil Tesla ada menghubunginya pada 25 Mac baru-baru ini dengan sekali lagi menyatakan minat untuk melabur di Indonesia selepas rancangan sebelumnya dibataIkan.

“Saya berkata, “Dua tahun lalu anda menghubungi saya, mahu menghasilkan bateri litium”. Anda semua mahu menekan kami [Indonesia]. Anda tdak boleh melakukan seperti ini. Hari ini berbeza. Kita perlu sama rata”.

“Kata saya lagi, “Anda [Tesla] tidak boleh melakukannya lagi. Negara ini bukan republik pisang..! Negara ini adalah negara yang hebat..!” tegas Luhut.

Luhut memberitahu ketika Tesla mahu memasuki negara tersebut dan syarikat itu perlu mematuhi syarat yang diberikan oleh kerajaan Indonesia, syarat yang sama juga dikenakan kepada pelabur lain, termasuk China.

Antara beberapa syarat yang diminta oleh kerajaan Indonesia untuk pelabur asing termasuk menjalankan pemindahan teknologi, menggunakan teknologi mesra alam, melatih pekerja tempatan dan memberikan nilai tambah sepanjang mereka berkerjasama.

“Saya tidak mahu awak [Tesla] beri syarat kepada kita [Indonesia]. Saya yang buat syarat untuk awak” kata Luhut.

Tahun lalu, selain Tesla, Indonesia turut membuat rundingan dengan beberapa pihak antarabangsa yang berminat untuk membangunkan teknologi kereta elektrik di negara tersebut.

LG Energy Solution Korea Selatan, anak syarikat LG Chem, telah memulakan pembinaan loji bateri kenderaan elektrik bernilai USD1.1 bilion (RM4.2 bilion) di Karawang, Jawa Barat.

Sementara itu, Contemporary Amperex Technology (CATL) dari China telah komited untuk membelanjakan kira-kira USD5 bilion (RM21.1 bilion) menjelang 2023 dan USD15 bilion (RM63.16 bilion) lagi menjelang 2028 di Indonesia. Memorandum persefahaman antara CATL dan sebuah syarikat negara Indonesia telah ditandatangani pada November 2020.

“Rancangan CATL masih diteruskan, tetapi terdapat sedikit kelewatan” kata seorang pegawai kerajaan Indonesia kepada The Straits Times pada 24 Mac, tanpa mengulas lanjut.

sumber : vocket

Harap Maaf