Kanak-Kanak Ini Minta Pengawal Periksa Suhu Badan Patungnya

SATU video yang menunjukkan aks1 seorang kanak-kanak perempuan meminta supaya suhu badan anak patung yang dibawanya diperiksa menjadi tuIar di media sosial Indonesia baru-baru ini, lapor laman berita Suara.com.

Dalam video yang dikongsi oleh pemilik akaun TikTok bernama @ikanhiiu itu, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan berbaju hijau sedang memegang anak patung berwarna merah jambu.

Suhu badannya diperiksa oleh seorang pengawal keselamatan di sebuah premis dipercayai merupakan sebuah pusat beli-belah.

Selepas suhu badannya diperiksa, kanak-kanak itu menghulurkan patungnya kepada pengawal keselamatan di situ, meminta suhu badan anak patung tersebut turut diperiksa.

Pengawal keselamatan itu dilihat meletakkan peranti termometer pada patung tersebut dan memeriksa suhunya.

Netizen yang menonton video tersebut terhibur dengan kerenah kanak-kanak tersebut dan meninggalkan pelbagai komen.

Komen Warganet :

“Kanak-kanak itu ambil kisah tentang rakannya,” komen seorang netizen.

“Lelaki itu (pengawal keselamatan) pula hanya mengikut sahaja,” komen netizen lain.

sumber : Kosmo..!

Harap Maaf