Kanak-Kanak Perempuan Ini Merajuk Dengan Mak Tapi DiRakam Buat Ramai Gelak

TELATAH kanak-kanak ada kalanya sangat mencuit hati terutamanya jika diusik oleh orang dewasa. Macam yang dikongsikan wanita ini tentang gelagat anak perempuannya ini yang merajuk dengannya dan sekaligus membuatkan netizen terhibur melihatnya.

Semuanya bermula gara-gara si ibu yang tidak lagi mahu bermain dengan anaknya ini. Bukan saja merajuk, malah gaya kanak-kanak perempuan itu turut membuatkan ramai yang ‘geram’ dengan kecomelannya itu.

@dayahroslan94Dia merajuk sbb xmau main dgn dia 😅 banyak akai la, pandai merajuk dh♬ original sound – Dayah Roslan

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu berkongsikan ragam kanak-kanak perempuan itu yang sedang merajuk dengannya. Kanak-kanak itu juga siap memeluk tubuh sambil memuncungkan bibirnya gara-gara si ibu yang tidak mahu bermain dengannya.

Malah ketika dipujuk oleh ibunya, kanak-kanak itu kemudian membawa diri ke tempat lain sambil memeluk tubuh. Tidak cukup dengan itu, dia turut berpaling dari kamera sebaik sahaja sedar gelagatnya itu sedang dirakamkan oleh si ibu.

merajuk

Walaupun beberapa kali dipanggil oleh ibunya itu, kanak-kanak itu langsung tidak mahu memandangnya dan akhirnya membawa diri dengan membenamkan mukanya di katil. Celoteh comelnya ini turut membuatkan si ibu hanya mampu berdekah melihatnya.

Di ruangan komen, netizen turut sama ‘geram’ melihat aksi kanak-kanak ini merajuk. Ada juga yang berseloroh mungkin juga dia meniru gaya yang sama apabila ibunya merajuk dengan si ayah.

“Comel dia merajuk.”

gelagat kanak-kanak

“Apalah umi dia buat sampai merajuk macam begitu sekali…”

kanak-kanak

“Sebijik perangai anak bongsu saya.”

komen

“Mesti ikut mummy dia ni tengok mummy dia merajuk dengan daddy.”

tik tok

Lain-lain video :

@dayahroslan94Dia nak main macam ni la semalam, hmm lengoh tau dak kaki 😭 tu bukan pause tau😂♬ original sound – Dayah Roslan

@dayahroslan94Ingtkn dia buat apa, tgok gambar mommy & daddy … seminggu lebih jgk x jumpa daddy .. x tahu la bila boleh jumpa “baby tu daddy” dia panggil baby 😅♬ Wanita Yang Kau Pilih – Rossa

sumber : HCL

Harap Maaf