Kecoh Lelaki Simbah Sperma Pada Wanita Di Bandung

Jijik! Itu yang boleh dikatakan terhadap perbuatan seorang lelaki di Jawa Barat, Indonesia yang didapati menyembur sperma ke atas beberapa wanita.

Suspek kini diburu pihak berkuasa selepas berbelas wanita dilaporkan menjadi mangsa lelaki berkenaan, Tribunnews melaporkan.

Difahamkan, modus operandi ialah menyasarkan wanita yang berdiri di bahu jalan ketika menunggu teksi atau ojek di sekitar Tasikmalaya, Bandung.

Sebelum ini, sebuah bideo menunjukkan mangsa diserang dengan cecair tersebut tular di laman sosial.

Menerusi video itu, kelihatan suspek yang sedang menunggang motosikal menyimbah cecair ke atas badan mangsa.

“Suspek menunggang motosikal jenis skuter dan memakai jaket kulit. Lelaki berkenaan mungkin berusia 20-an berdasarkan keterangan mangsa,” kata Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Tasikmalaya, Asisten Komisioner Dadang Sudiantoro.

Kes ini menjadi bualan hangat di kalangan warganet di Indonesia.

Harap Maaf