Kehilangan Mawar Rashid Sekeluarga Selama 2 Minggu Terjawab

DUA minggu mendiamkan diri di media sosial, pasangan selebriti Mawar Rashid dan Raff Yaakob mendedahkan mereka sekeluarga dijangkiti v1rus Cov1d-19.

Bagaimanapun Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 26, berkata, mereka sudah bebas daripada v1rus itu pada Sabtu selepas dua minggu menjalani kuarant1n di rumah.

“Dua minggu lepas berlaku kejadian yang tak disangka iaitu lebih kurang awal bulan Julai apabila Raff jatuh sakit dan tak boleh bangun.

“Demam panas teruk, sakit dada, Raff buat test dan disahkan pos1tif Cov1d-19,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mawar Rashid (@mawarashid)

Penjelasan itu memberi kelegaan kepada para pengikut Instagram Mawar yang mungkin tertanya-tanya apa yang terjadi kepada mereka sekeluarga dalam tempoh berkenaan.

mawar share

Sesi live Instagram Mawar bersama suami.

Selain Mawar dan Raff, tiga orang anak mereka iaitu Raden Ahmad Rayyan, Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta turut dijangk1ti v1rus berkenaan.

Selang empat hari kemudian, Mawar pula mengalami demam.

“Selepas anak sulung Ryan pos1tif, Mawar demam dan buat test… keputusan juga pos1tif.

“Lepas Mawar, Rafael pula posit1f. Sehari pula baby kami Cinta pos1tif, senang cerita satu keluarga pos1tif,” ujarnya lagi.

Bercerita lanjut, Raff atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, 36, berkata dia kurang pasti punca sebenar dijangkiti w4bak itu berikutan tidak keluar melainkan ke pasaraya bagi membeli barang keperluan harian.

Namun, dia dimaklumkan pasaraya berkenaan kini sudah ditutup sementara berikutan terdapat kes posit1f dalam kalangan pekerja.

“Apabila ditanya saya memang tak tahu di mana kena, kemungkinan besar dekat groceries, sebab Raff keluar beli barang je.

“Seminggu selepas saya posit1f, kedai tu ditutup sebab 15 orang disahkan posit1f. Jadi mungkin kena dekat groceries.

mawarrr
Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata dan dua orang anak tiri.

“Alhamdulillah awal minggu ni kami dah tamat kuarantin dan bebas Cov1d-19,” katanya.

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael, 2, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang berusia setahun.

Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 10 dan Raden Seri Raysaa Chanela, 6.

sumber : mStar

Harap Maaf