Kelibat Myvi Kuning Dalam Iklan BMW Dan Mercedes-Benz Malaysia Buat Netizen Terhibur

BMW dan Mercedes-Benz merupakan dua buah jenama kereta Jerman yang cukup terkenal sebagai “pesaing abadi” yang sudah hampir mencecah satu abad dalam industri automotif dunia.

Kedua-dua jenama ini sanggup berbuat apa sahaja untuk meraih perhatian ramai, termasuklah membuat perang marketing antara satu sama lain sehingga ia berjaya mendapat tumpuan satu dunia.

Baru-baru ini, perang marketing yang dilakukan oleh tiga buah syarikat pengedar rasmi terdiri daripada Auto Bavaria (BMW), Cycle & Carriage Bintang Malaysia dan BR-Jaya Sdn Bhd (Mercedes-Benz) telah menarik perhatian netizen yang meminati kereta-kereta jenama Jerman ini.

Ternyata taktik pemasaran mereka berjaya meraih perhatian pengguna Facebook apabila ramai netizen tidak henti memberikan komen dan berkongsi semula hantaran-hantaran tersebut.

Kita dapat lihat orang ramai meluahkan perasaan gembira melalui ruangan komen pada setiap hantaran yang dikongsikan oleh ketiga-tiga Facebook pengedar rasmi BMW dan Mercedes-Benz Malaysia ini.

No photo description available.

May be an image of car, outdoors and text

May be an image of car and text that says "Auto Bavaria BMW, Always Ahead."

Tidak kurang juga ada yang mengubah suai gambar asal dan menokok tambah dengan beberapa gambar lain pada cermin sisi seperti kereta ‘King Myvi’, polis sedang buat speedtrap, kereta Honda Civic polis sedang mengejar dari belakang dan macam-macam lagi.

May be an image of car and road

May be a cartoon

May be an image of car and road

Adakah jenama Audi akan turut serta dalam ‘perang pemasaran’ ini nanti? Sama-sama kita nantikan dan ia pasti lebih menyeronokkkan buat industri automotif tempatan pada minggu ini.

sumber : vocket

Harap Maaf