KemaIangan Terbaru Di Ulu Yam, Netizen Mula Bimbang Dengan Keselamatan Jalan

BELUM reda kes kemaIangan yang berlaku di antara sebuah Nissan Cefiro dengan Honda BR-V pada minggu lalu, pada hari semalam berlaku lagi kemaIangan di kawasan Ulu Yam.

Kali ini melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Ulu Yam Gombak Batu 23 yang telah menyebabkan tiga individu telah mengalami kecederaan. KemaIangan tersebut berjaya dirakam oleh salah sebuah kenderaan lain yang berada di lokasi tempat kejadian.

Memetik Iaporan media, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata siasatan awal dijalankan mendapati kemaIangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer cuba memotong kenderaan di hadapannya.

“Pemandu Mitsubishi Lancer terbabit cuba untuk memotong sebuah Perodua Bezza namun gagal lalu bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

“Turut terlibat dalam kemaIangan tersebut sebuah kereta Perodua Bezza dan sebuah kereta jenis Volkswagen,” terang Azman Shariat dalam satu kenyataan.

Rakaman dashcam yang tuIar itu masih lagi menjadi tumpuan orang ramai yang rata-rata meluahkan perasan risau dan takut dengan keselamatan pengguna jalan raya Ulu Yam yang saban minggu kerap berlaku kemaIangan di jalan tersebut.

KemaIangan itu turut mengakibatkan pemandu serta dua penumpang Perodua Bezza warga Vietnam berusia 24 hingga 30 tahun mengalami kecederaan dan kesemua mngsa yang cedera di hantar ke Hospital Selayang bagi menerima rawatan.

S1asatan lanjut berkaitan kejdian masih dijalankan dan s1asatan dijalankan di bawah Sksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Di dalam video tersebut juga kelihatan beberapa orang sedang menunggang basikal di bahagian kiri jalan lebih kurang 100 meter sebelum lokasi empat buah kenderaan tersebut bertembung.

sumber : vocket

Harap Maaf