Kepanasan Tanpa Penghawa Dingin – Servis MAS Terhadap Penumpang DiPertikaikan

SELAIN menggunakan perkhidmatan pengangkutan darat, ramai orang lebih memilih menggunakan pengangkutan udara seperti kapal terbang untuk ke destinasi pilihan.

Terbaharu, penumpang penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Sabah telah meluahkan kekeciwaan mereka apabila dibiarkan kepanasan dalam kapal terbang disebbkan penghawa dingin rosak.

Menerusi video yang dikngsi kembali oleh pengguna Twitter @anthraxxx781, dapat dilihat para penumpang kepanasan dibiarkan dalam kapal terbang selama sejam dan anak-anak kecil juga menangis kerana tak tahan.

Difahamkan, selain daripada dibiarkan kepanasan, penerbangan juga telah delayed selama 2 jam. Perkngsian tersebut meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen menzahirkan rasa kasihan kepada penumpang kerana dibiarkan berpanas dalam kapal terbang selama satu jam.

Bukan itu sahaja, para netizen juga berasa keciwa dengan layanan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat penerbangan itu. Malah, rata-rata netizen juga tak sangka hal seperti ini boleh terjadi.

Para netizen turut mengatakan ketika ini syarikat penerbangan telah menerima banyak permintaan dan masaIah seperti ini tak seharusnya terjadi. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Malaysia Airlines berhubung kjdian tersebut.

sumber : vocket

Harap Maaf