Buat Projek Rumah Tapi Rumahnya Tak Siap. Mhkamah Akhirnya Buat Keputusan Ini Terhadap Boy Iman

Datuk Boy Iman, 40, yang juga pelakon dan ahli perniagaan, diisytihar mufIis oleh Mhkamah Tinggi Kuala Lumpur, berkuat kuasa hari ini.

Pengisytiharan mufIis itu diputuskan mhkamah berikutan kegagalan Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman selaku penghutang penghakiman melunaskan tuntunan lebih RM60,000 dibuat seorang individu pada pertengahan tahun lalu.

Peguam, Hizri Hasshan yang mewakili pemiutang penghakiman selaku pihak yang memfailkan tuntutan memaklumkan bahawa Boy Iman menerusi syarikatnya, DBI Technology Sdh Bhd ada melancarkan program pembinaan rumah mampu milik dikenali DBI Homes sekitar 2017 lalu.

” Anak guam kami menyertai program itu untuk pembinaan rumah jenis Ilham dengan kos sebanyak RM50,000. Malah, pembayaran penuh dibuat anak guam.

” Pembinaan rumah itu sepatutnya siap dalam tempoh enam bulan, namun projek akhirnya tidak menjadi dan pemiutang penghakiman yang menyedari sudah ditipu mahu membatalkan kontrak dan meminta Boy Iman membuat pemulangan wangnya semula.

” Namun, pihak Boy Iman terus mendiamkan diri dan anak guam kami mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut haknya serta pembelaan ke atas diri sendiri kerana menjadi mangsa ‘scam’,” katanya.

Menurut Hizri, tuntutan kes yang berlangsung dari 2019 itu akhirnya dapat diselesaikan hari ini apabila mhkamah memutuskan Boy Iman diisytihar mufIis.

Katanya, prosiding guaman sivil sudah dilakukan dalam tempoh itu dan pihak Boy Iman gagal membuat pembelaan diri terhadap tuntutan dibuat.

Sehubungan itu, prosiding kebankrapan difailkan terhadap Boy Iman.

Hizri turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam sebarang keputusan mahu dibuat membabitkan kewangan supaya tidak menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab.

Pernah ditahan reman 6 kali

Pada Januari 2018, Boy Iman pernah direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan projek pembinaan rumah banglo.

Boy Iman ketika itu tiba di mhkamah pada 11 pagi dalam keadaan bergari dengan diiringi anggota polis.

Lebih 210 laporan berhubung penipuan skim perumahan DBI Properties diterima polis daripada mngsa di seluruh negara.

Sebelum ini, pelakon dan ahli perniagaan itu pernah direman di Ampang, Shah Alam, Selangor, Muar, Johor, Sungai Petani dan Kubang Pasu, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan.

Malah untuk rekod, Boy Iman pada Oktober 2017 telah ditahan direman buat kali keenam atas dkwaan yang sama iaitu melibatkan penipuan jualan rumah bernilai RM6.8 juta.

Turut direman ketika itu adalah tiga pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources termasuk seorang wanita yang berusia antara 30 hingga 45 tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : AsiaKini

Harap Maaf