Kerana Cinta, Model Ini Hanya Minta Selipar Jepun & Segelas Air Untuk Mas Kahwin

Biarpun berstatus model, seorang wanita hanya hanya meminta selipar Jepun dan segelas air saja sebagai mas kahwinnya.

Perkara itu didedahkan menerusi laporan Portal Kompas, Indonesia.

Menerusi laporan berkenaan, wanita dikenali sebagai Helmi berusia 20 tahun berbuat demikian kerana tidak mahu membebankan suaminya, Yudi Anggata, 24.

Menurut Helmi, selipar Jepun dan segelas air itu adalah permintaannya sendiri.

“Saya memilih selipar Jepun dan segelas air sebagai mas kahwin kerana tidak mahu membebankan suami dan keluarganya.

“Tiada alasan lain dan saya minta selipar jepun itu diletakkan di dalam bekas.

“Pemberian suami itu akan menjadi kenangan yang boleh diceritakan kepada anak kami nanti,” katanya yang pernah muncul sebagai model dalam video klip lagu tradisional.

Difahamkan, kisah pasangan itu mendapat perhatian ramai selepas video perkahwinan mereka tular di laman sosial.

Menerusi video berkenaan, kedua-dua pasangan itu kelihatan segak dan cantik mengenakan persalinan berwarna putih.

Dari video juga terdengar Yudi berkali-kali mengucapkan ijab kabul yang mengundang tawa saksi dan keluarga yang hadir tertawa. “Aku terima kawin Hemi maskawin sandal jepit dan air segelas,” ujar Yudi

Sumber : Portal Kompas via Gempak

Harap Maaf