“Kereta Tersadai Di Tepi Jalan” – Wanita Ini Terkejut Johan Raja Lawak Yang Berhenti Tanya Khabar

SIAPA sahaja yang tidak mengenali dengan pasangan selebriti, Johan Raja Lawak dan pelakon, Ozlynn dimana kini mereka semakin bahagia dengan kurniaan enam orang cahaya mata.

Bagi yang mengikuti perkembangan semasa keluarga pasangan ini, gelagat merea melayan anak-anaknya sering menjadi tumpuan.

Sambil membesarkan 5 orang anak dan mengurus hal rumah tangga, mereka bukan sahaja memberikan inspirasi khususnya golongan ibu bapa. Bahkan ragam lucu yang ditampilkan oleh mereka juga sering buat ramai tak kering gusi.

Terbaru menerusi laman Facebook Nor Akmar Qaseh, tuIar kisah tentang sikap prihatin Johan terhadap pengguna kenderaan yang menghadapi masaIah di jalan raya.

Berdasarkan muat naik tersebut, Johan memberhentikan kenderaan miliknya untuk bertanya khabar, dan dilihat sangat “humble” dengan orang awam walaupun bergelar seorang selebriti ternama.

“Balik dari Chowkit kereta breakdown tepi jalan.Tiba2 berhenti sebuah kereta putih dekat kami.Dia bertanya kepada en suami kenapa?En suami tercengang sekejap.Tak sangka yang bertanya tu Johan Rajalawak”.

“Dia tanya lagi nak saya bantu apa2 ke.En Suami yg masih terkejut menjawab tak ada apa2.Lalu Johan bertanya lagi ada berapa orang anak dalam kereta lalu meluru kedalam kereta dan menghulurkan duit raya kepada Iman”.

“Aku yg dalam kereta tambah2 terkejut la lihat dia tiba2 depan mataโ€ฆBetul orang kata..dia memang baik hati.Tu sbb rezeki dia murah,โ€ tulis Nor Akmar Qaseh di ruangan kapsyen”.

Ketika artikel ini ditulis, muat naik tersebut telah mendapat 1000 tanda suka, 235 share dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata memuji tindakan Johan yang prihatin itu.

Komen netizen:

sumber : FB Nor Akmar Qaseh

Harap Maaf