Kerja Imam Tarawih “Mudah” Dan Dapat “Bayaran Lumayan” – Bayaran Imam Tarawih DiPersoaIkan

SETIAP tahun ketika umat IsIam menyambut Ramadan, topik mengenai imam solat tarawih pasti menjadi perbualan.

Ramai yang mempersoaIkan tentang kewajaran memberi imbuhan atau bayaran sagu hati berupa wang ringgit dari tabung masjid dan surau untuk membiayai khidmat mereka.

Jumlah bayaran yang tinggi terpksa diberikan kepada mereka ini turut menjadi isu kerana hasil kutipan dari orang ramai yang menderma sepatutnya diutamakan untuk kerja-kerja naik taraf masjid dan surau.

Sebelum pndmik, ada di antara imam tarawih ini turut diimport dari Timur Tengah dengan bayaran mencecah puluhan ribu semata-mata bagi memenuhi kehendak sesetengah jemaah yang ingin mendengar bacaan berlagu menggunakan surah-surah yang panjang ketika solat sunat tarawih.

Patutkah amalan ini diteruskan..? Benarkah kerja imam tarawih ini mudah..? Adakah khidmat mereka ini hanya sekadar bisnes..? Kalau percuma seikhlas hati untuk pahala semata-mata tak boleh ke..?

Melalui bebenang kicau yang dihantarnya beberapa tahun yang lalu, seorang pengguna Twitter, juxu @elhumawy berpendapat seperti berikut :

IMAM TERAWIH (HAFIZ QURAN) DIBAYAR 2.5K-3K. ADA YANG BISING KATA GUNA AG4MA BUAT BISNES.

Masjid ada pilihan, nak jemput imam hafiz atau guna khidmat imam masjid yang dah ada.

Senang ke jadi imam tarawih..?

1. Tak boleh makan banyak masa buka puasa. Perut penuh, nafas pendek.

2. Kena ulang, lancarkan bacaan. Ayat yang nak baca dalam solat, kena betul-betul yakin lancar. Tak macam luar solat. Sepanjang hari kena buat persediaan.

3. Tak semua orang boleh jadi imam tarawih, nak dapatkan keyakinan bawa jemaah solat.

4. Jadi makmum follow belakang pun penat, jadi imam lagilah penat. Lagi-lagi nak habiskan 20 rakaat.

5. Untuk hafal Quran dan jadi imam tarawih, bukan ambil masa seminggu wei. Ada yang bertahun-tahun.

Imam tarawih hafiz tak ada yang letak harga bayaran berapa untuk khidmat selama 27 malam tarawih. Kalau nak jemput, biar berbaloilah dengan sagu hati yang dapat selama 27 malam jadi imam. Bukan senang nak jadi imam terawih.

Jemput penyanyi 5-6 lagu boleh pula bayar ribu-ribu. Penyanyi popular la, berbakat la, martabatkan karya seni la. Halal.

Imam tarawih hafiz DIBERI sagu hati, tak letak harga pun dikata guna agama buat bisnes, tnggang agama. Berkait dengan agama, semua kena free, baru ikhlas.

Seorang pengguna Facebook, Azizul Azli Ahmad pula membuat hantaran berikut pada 2019 bagi menyuarakan pendapatnya mengenai isu yang masih relevan sehingga ke hari ini :

GAJI SEORANG IMAM TAHFIZ..?

1. Ketua imam bagi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi adalah Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz as Sudais lahir pada tahun 1960 di Riyadh.

2. Beliau menjadi hafiz ketika usia 12 tahun lagi dan mendapat PhD dari Al-Qura University pada tahun 1995 dalam bidang Sharia.

Atas kehebatan dan kemulian ini, beliau memiliki kedudukan yang sama taraf dengan seorang menteri.

3. Atas sumbangan besarnya, kerajaan Arab Saudi tidak menetapkan berapa gaji yang layak diterimanya.

Setiap bulan Al-Saudais hanya menerima cek kosong dan terpulang kepadanya untuk mengisi jumlah SR yang dia perlukan.

4. Bayaran Imam terawih hafiz sekitar RM2,500-RM3,000 sangatlah rendah sebenarnya jika dibandingkan dengan ILMU dan MASA mereka habiskan untuk menjadi hafiz.

5. Tahukah kita bahawa bayaran artis untuk menyanyi 3 buah lagu dalam masa sejam persembahan adalah sekitar RM8,000 hingga cecah RM40,000..?

Malah ada artis yang minta bayaran RM120,000 untuk program amal PaIestin satu ketika dulu. Saya terkesima mendengar bayaran yang diminta waktu itu. Kami tak jemput dia akhirnya.

6. Bila kita sendiri menghina para agamawan kita, siapa lagi yang perlu mengangkat dan menyanjungi mereka.

Mereka ini tak ternilai sebenarnya, di dada mereka membawa kitab kita yang mulia. Jangan persoaIkan keikhlasan mereka, sebab ikhIaslah 30 juz di dada mereka.

sumber : Odisi

Harap Maaf