Kesihatan Bob Lokman Makin Merosot

SEBELUM ini penulis lirik dan pelakon, Bob Lokman, 57, kini menerima rwatan lanjut di Unit Penjagaan Kronari (CCU) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata, dia dimasukkan ke CCU hspital berkenaan berikutan jantungnya di bahagian atas bergerak terlalu laju dan tidak stabil.

“Selepas menunda beberapa kali temujanji dengan doktor sebelum ini berikutan k3s cvd 19 yang tinggi, saya datang membuat pemeriksaan susulan di hspital minggu lalu.

“Pemeriksaan doktor mendapati jantung saya di bahagian atas bergerak terlalu laju dan tidak stabil. Jadi, saya perlu dimasukkan ke CCU untuk pemantauan sepenuhnya sehingga stabil semula,” katanya.

Penulis lirik lagu Isabella ini juga memohon orang ramai mendoakan kesihatannya agar sembuh semula dan dibenarkan pulang ke rumah segera kerana isteri dan anak-anaknya menetap di Kota Bharu, Kelantan.

“Mohon doakan kesihatan saya sembuh semula. Saya minta maaf dan nak ucapkan terima kasih kepada anda semua yang mendoakan saya. Hanya Allah saja mampu membalas.

“Saya sepatutnya sudah dimasukkan ke CCU di h.ospital ini enam minggu lebih awal, tetapi disebabkan penuIaran cvd 19 maka ia ditunda dan sekarang tak boleh lagi kerana pergerakan jantung saya terlalu laju,” katanya.

Kesihatan Bob Lokman Semakin Merosot, Pohon Doa Orang Ramai Semoga Dia Kembali Pulih

Ksihatan Makin Merosot

Ksihatan pelakon, pelawak dan penulis lirik popular, Bob Lokman, 57, kembali merosot sehingga beliau terpaksa menjalani rawatan di Unit Penjagaan Koronari (CCU) Hspital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini sejak tiga hari lepas.

Menurut Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd. Hakim Lokman, beliau dibawa ke h.ospital berkenaan setelah mengalami kesukaran bernafas.

“Saya berehat di inap desa di sini dan merasa tidak selesa kerana susah bernafas terus dibawa ke HSB. Doktor periksa dan beritahu j.antung saya kembali lemah.

“Saya dinasihatkan untuk berehat, mungkin lama saya dirawat kali ini kerana doktor perlu pantau,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bob Lokman menjalani rawatan lser untuk menutup jantung atas yang rosak pada awal bulan lepas di HSB dan dibenarkan pulang tiga hari selepas itu setelah keadaannya stabil.

Menurutnya, beliau reda dengan keadaan ksihatannya itu apatah lagi dinasihatkan oleh doktor supaya tidak melakukan apa-apa pekerjaan untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan akan datang.

“Doktor kata saya perlu rehat betul-betul dan tak boleh buat apa-apa pekerjaan untuk pastikan jantung saya stabil walaupun tidak pulih sepenuhnya. Saya reda walaupun perit nak dengar kerana saya ketua keluarga yang perlu cari nafkah sara isteri dan anak,” katanya.

Katanya, beliau bagaimanapun berbesar hati kerana ada badan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care yang membantu mencari dana untuk membiayai perubatan dan perbelanjaannya.

“Alhamdulillah, Muslim Care prihatin cari dana untuk saya. Ringan beban saya kerana perbelanjaan sebelum ini saya yang uruskan. Pada masa sama diharapkan semua pihak mendoakan kesihatan saya kembali kepada sedia kala,” katanya.

Kesihatan Bob Lokman Semakin Merosot, Pohon Doa Orang Ramai Semoga Dia Kembali Pulih

Bob Lokman menjalani pembedahan memasukkan alat Implantable Automatic Crdioverter D.efibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantungnya di Hspital Sultanah Bahiyah pada hujung tahun lepas.

Beliau mempunyai msalah jntung sejak 1998 sebelum itu dimasukkan H.ospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

sumber : Kosmo

Harap Maaf