Kini Bersama Tiger Of Wall Street, Jeehad Baru Daddycap DiPersoal

SELEPAS mendirikan rumah tangga dan kini sudah bergelar bapa, penyanyi rap, Daddycap atau nama sebelumnya Caprice kini giat membangungkan perniagaannya.

Jika ada anda yang perasan, kerap berlegar di media sosial iklan daripada laman Tiger Of Wall Street yang mempromosikan satu bentuk instrumen dagangan secara online. Laman ini dimiliki oleh Daddycap sendiri.

Namun, seorang pengguna Facebook bernama Nik Izwan Kamel telah membuat ulasan mengenai aktiviti Tiger Of Wall Street ini. Mari kita baca pandangan beliau.

TIGER OF THE WALL STREET ATAU TIGER OF THE JAHANNAM..?

Baru-baru ini ada kawan tunjuk dekat aku yang Caprice ada promote broker forex. Aku ingat dia sekadar iklan. Tapi bila aku terlihat ada lagi 2,3 video lain. Nampak memang dia into it lah.

Mula-mula aku nak bagitahu, Wall Street ni sinonym dengan stock market. Sahamlah.

Tapi bila aku tengok si Caprice ni promote broker forex, aku rasa memang sangat misIeadinglah. Jadah apa kau gebang Wall Street tapi promote platform forex.

Platform yang Caprice promote tu platform forex. Tapi dia promote trade gold.

XAU/USD Ini cara baru broker-broker forex ni nak promote platform diorang. Diorang divert ke gold sebab konon trade currency haram. Gold pun barang ribawi, takda beza dengan currency haram juga.

PeIik pula aku dengan Caprice yang selalu dengan ayat j1had, ummah, Islam, tapi tiba-tiba jadi tauke forex broker. Hairan bin ajaib. Forex ni ada isu syariah. Aku lagi rasa peIik dengan marketing dia yang dia sebut “double up your money”.

Fuh, kalau dia boleh double up duit dia, buat apa nak ajak orang join dia trade..?

Kalau dia ada capasity double up duit, baik dia buka fund manager. Kenapa nak ajak orang trade sekali? Kita boleh letak duit je.

Apa sebab..?

Biasanya, orang yang ajak orang lain trading ni, dia sendiri tak buat duit trading.

Dia buat duit dengan kelas, affiliate, dia sendiri jadi IB atau dia sendiri jadi broker atau tauke.

Satu fakta yang sudah makrof dan maklum adalah 90% orang trading rugi, hanya 10% sahaja untung. 90% daripada 10% adalah institusi manakala hanya 10% sahaja retailer.

Aku sentiasa doubt orang yang claim dia boleh trade consistantly untung lagi banyak dari rugi dengan dia sendiri buat kelas sebab aku pasti kalau dia trading buat duit, dia takkan kelaparan nak mengajar atau nak promote mana-mana broker.

Untuk pengetahuan korang, Malaysia tidak pernah mengiktiraf mana-mana broker forex. Jadi tiada kawal selia terhadap mana-mana platform. Biasanya platform-platform ini mendapatkan lesen daripada negara luar seperti Cyprus, Seychelles.

Aku nak buka satu rahsia bagaimana broker-broker atau IB-IB forex ini buat duit dengan mudah.

Since aku ni kan programmer, pernahlah aku dapat job develope platform forex ni dulu.

Semenjak aku tahu, memang aku tak pernah percaya mana-mana sifu, promoter atau IB.

Begini, di belakang platform forex ada A-book dan B-book. A-book adalah account real yang mana setiap order korang akan disubmit.

Contoh, kau beli USD, memang broker kena bayar beli USD. Manakala B-book adalah account simulation sahaja yang mana tiada apa-apa transaksi real yang berlaku. Banyak lagi manipulation yang boleh dibuat dalam sistem broker forex.

Selalunya, broker-broker ini hanya menggunakan account B-book kerana mereka tahu yang 90% orang trade rugi. Itu sebab ada terma Mat Depo di kalangan forex trader.

Untuk memastikan lebih cepat para trader terciduk, mereka bagi leverage yang tinggi.

Ada yang aku pernah tengok sampai 1,000 kali ganda leverage platform tu bagi. Newbie trader yang bengap akan gunakan maximum leverage. Bila turun sikit harganya terus akan margin call.

Untuk pengetahuan koranglah, IB tu biasanya dia sendiri tauke atau broker. Dia menyorok di sebalik nama IB. Mereka ini biasanya akan tunjuk kaya dan terer.

Tujuannya nak menarik orang yang kepingin nak kaya cepat, yang mudah dibeli dan dipancing dengan kemewahan dan kekayaan. Itulah cara marketing diorang. Walhal, diorang hanya makan komisen atau keuntungan daripada kerugian trader.

Itu sebab diorang berusaha meramaikan orang trade di platform dia. Lagi ramai orang trade, lagi ramai yang akan terciduk. Kerugian para trader adalah keuntungan mereka.

Kira-kira mudah macam nilah, kalau seorang trader deposit RM1,000, kalau ada 1,000 trader dah RM1 juta. Kalau ada 100,000 user..? Itu sebab biasanya diorang pakejkan dengan kelas dan signal.

Aku nak sampaikan 1 logik je. Kalau signal dia power, dia boleh trade dan untung. Buat apalah susah-susah nak buat video marketing, kelas bagai.

Meh jumpa aku, aku automatedkan signal kau tu. Itu pun kalau betul lah menjadi kan..?

Duit punya pasal, daripada Tiger of al-Quds jadi Tiger of Forex, eh Wall Street.

sumber : Odisi

Harap Maaf