Kisah Dan Perkara Misteri Yang Mesti Anda Tahu Jika Ke Bangkok

Jika anda pernah berkunjung ke Bangkok pasti anda tahu apakah tarikan utama pelancongan di negara Gajah Putih itu. Bangkok, Thailand memang terkenal dengan masakan tomyam-nya yang sedap, tempat membeli belah yang murah pulau-pulaunya yang indah.

Namun di sebalik kemodenan dan keindahan negara Thailand itu, terdapat beberapa kisah hitam dan mistik yang mungkin tidak ramai tahu. Kota Bangkok terutamanya menyimpan pelbagai kisah seram di sebalik beberapa lokasi terbiar di tengah-tengah bandar moden Bangkok.

Masyarakat Thailand juga mempercayai kewujudan roh jahat yang dikenali sebagai ‘Tai Hong’ iaitu suatu semangat jahat yang masih tinggal bersama mereka dan menghantui kehidupan mereka.

1. Ajarn Chuan Ashram

Terkenal di kalangan rakyat tempatan dan juga merupakan kisah benar, diceritakan pada masa dahulu terdapat seorang sami yang telah membina ratusan patung yang terdiri daripada figura kanak-kanak, makhluk ajaib dan gergasi. Figura patung tersebut telah diletakkan di sekeliling tempat pertapaan ataupun dikenali sebagai Ashram itu.

Yang menakutkan, patung- patung tersebut telah ditanam dan diperbuat daripada rambut, tulang dan kulit yang bertatu daripada manusia.

2. Wat Pai Ngoen

Penemuan yang masih memberi kesan kepada penduduk Thailand in terjadi pada tahun 2010 dan terbongkar apabila seorang lelaki telah terjumpa dengan seekor anjing yang mengonggog sebuah beg plastik berisi bayi. Malah, lelaki tersebut juga telah melihat anjing tersebut memakan mayat bayi tersebut.

Hasil siasatan polis mendapati hampir 2,002 mayat bayi dijumpai dalam beg plastik putih di Wat Pai Ngoen itu. Setelah siasatan, Wat tersebut menjadi tempat pembuangan bayi daripada remaja yang melahirkan anak luar nikah. Remaja yang terlanjur bertindak membuang bayi yang masih hidup ke dalam lubang disediakan di wat tersebut.

Sehingga kini, penduduk yang tinggal berdekatan Wat tersebut masih mendengar  tangisan serta gelak ketawa dipercayai daripada roh bayi-bayi tersebut.

3. Menara Hantu di Bang Rak

Di sebalik kesibukan bandaraya Bangkok, terdapat sebuah bangunan pencakar langit yang misteri di tengah kawasan Bang Rak. Menara Sathorn Unique itu merupakan sebuah kondominium mewah yang dibina 20 tahun yang lalu.

Namun, pembinaan yang gah itu tidak mendapat ‘restu’ dan dianggap menghina agama mereka di kalangan penduduk tempatan. Sehingga kini, bangunan tersebut terbengkalai kerana pemaju kehabisan wang.

Terdapat juga kisah misteri telah terjadi apabila seorang lelaki telah mengunjungi bangunan tersebut untuk mengambil gambar pemandangan langit Bangkok. Namun, sepanjang menyulusuri koridor yang gelap tersebut, beliau telah ternampak sekujur tubuh tergantung dalam sebuah bilik. Dia segera lari untuk mendapatkan bantuan tetapi tidak berjaya dan telah memuat naik sebuah posting di media sosial. Pihak polis mendapati lelaki tergantung tersebut merupakan seorang warga Sweden. Sejak kejadian itu, kawasan tersebut telah diklasifikasikan sebagai kawasan larangan kepada penduduk tempatan.

4. Santika Pub 
 
Masihkah anda teringat mengenai peristiwa malam tahun baru di Santika Pub pada awal tahun 2009. Kebakaran ngeri itu telah mengorbankan lebih kurang 60 nyawa dan 100 oran tercedera.

Yang menjadi misterinya apabila sebelum kejadian ngeri tersebut terdapat beberapa tanda dan klu aneh telah ditunjukkan seperti setiap pengunjung diberikan CD cover hitam oleh staf, website Pub tersebut menggunakan tema api yang bernyala serta nama kumpulan yang membuat persembahan pada malam itu digelar sebagai ‘Burn’.

Tapak pembinaan Santika Pub itu juga dibina atas sebuah rumah lokasi pembunuhan. Sehingga kini masih terdengan jeritan dan pekikan meminta tolong dipercayai daripada mangsa kebakaran.

5. Rumah Pelacuran Kanchanaburi
 
Rumah pelacuran di Kanchanaburi ini memang terkenal dengan aktiviti hitam dan dipercayai menjadi lokasi pembunuhan wanita dan bayi. Tempat tersebut telah lama ditinggalkan dan rumah tersebut mempunyai banyak bilik antaranya bilik untuk melanggan pelacur serta bilik kecil untuk mengurung kanak-kanak. Sehingga hari ini, barang-barang peribadi pelacur masih ada tidak disentuh oleh sesiapa pun.

Rumah ini juga mempunyai laluan bawah tanah tapi tiada sesiapa berani untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Ada sumber mengatakan laluan tersebut merupakan laluan pemerdagangan wanita dan kanak-kanak.

Penduduk juga dikatakan pernah mendengar suara menangis tetapi bila dicari dalam bangunan tersebut, mereka tidak menjumpai sesiapa.

Terdapat banyak lagi kisah misteri yang popular di Bangkok yang mungkin anda tidak tahu seperti jelmaan wanita di jambatan sungai Bang Pakong, perkuburan berhantu di Wat Don, misteri menara Thai Zong dan banyak lagi.

Harap Maaf