Kontraktor Ini Sambung Atap Guna Pita Pelekat Buat Netizen Terkedu

KAMI  percaya, memiliki rumah adalah impian semua orang. Namun, prosesnya tidak mudah. Bermula daripada pengumpulan dana sehinggalah rumah terbina, banyak yang perlu dilalui.

Seperti yang dikongsikan salah seorang pengguna TikTok dengan nama @auraserriputeri1 yang berkongsi kisah ditipu kontraktor yang diupah untuk membina rumah yang kosnya mencecah RM350,000.

Menurut beliau yang mesra menggelarkan dirinya Kak Serri, kontraktor menyambung besi-besi di bumbung dengan hanya menggunakan pita pelekat.

‘Seni’ Sambung Atap Guna Pita Kontraktor Ini Buat Netizen Terkedu 1

Risau dengan keselamatan penghuni rumah, mereka sekeluarga diminta untuk berpindah sebentar sementara proses baik pulih dijalankan.

Di ruangan komen, Kak Serri memaklumkan laporan sudah pun dibuat dan lesen pihak kontaktor sudah pun ditarik.

‘Seni’ Sambung Atap Guna Pita Kontraktor Ini Buat Netizen Terkedu 2

Berkongsi untuk mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati, ramai netizen yang cukup terkedu melihat “bakat” luar biasa yang dimiliki kontraktor yang yakin pita pelekat berkenaan mampu memegang kukuh rangka binaan.

sumber : Odisi

Harap Maaf