Lama Menunggu, DS Siti Nurhaliza Buka Mulut Soal KehamiIan Kedua Dirinya

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak berhasrat menangguhkan keinginan memiliki cahaya mata kedua biarpun kerjaya seninya kembali rancak dengan kemunculan album terbaharu berjudul ManifestaSITI2020.

Walaupun sibuk dengan kerjaya nyanyian dan menguruskan perniagaan, namun menurut Siti perancangan untuk kembali hami1l tidak perlu dilengahkan memandangkan sudah bersedia ke arah itu.

“Perancangan mendapatkan cahaya mata kedua tetap akan diteruskan seperti apa yang pernah Siti beritahu dahulu. Sama ada menerusi kaedah raw4tan ataupun secara normal, hasrat ini tetap ada kerana Situ sudah lama bersedia.

“Bagi Siti, kerja jalan juga, untuk hal keluarga pun tetap akan diteruskan. Lagipun Siti bukan semakin muda. Buat apa nak tangguh-tangguh,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album ManifestaSITI2020 yang diadakan di Bangsar South.

Februari lalu, penyanyi Anta Permana ini menjalani pembedahan kecil di sebuah pusat perubatan swasta sebagai persediaan untuk mengandung. Prosedur itu perlu dilakukan kerana menggunakan kaedah rawatan perseny4waan in-vitro (IVF) seperti yang dilakukannya ketika mengandungkan Siti Aafiyah, tiga tahun lalu.

Sementara itu, mengulas pembikinan album terbaharunya itu, Siti berkata, album berkenaan memberi cabaran tersendiri buatnya.

“Album ini sepatutnya dikeluarkan April lalu, bagaimanapun berikutan wabak COV1ID-19 dan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia terpaksa ditangguhkan. Bagaimanapun, situasi ini memberi peluang kepada kami untuk membuat penambahbaikan kepada beberapa lagu.

“Ada yang kami rakamkan semula supaya hasilnya nanti memuaskan hati semua pihak. Selain itu, ketika menghasilkan album ini, ibu mentua perlu menjalani pembedahan pintasan jantung. Situasi ini sangat menyedihkan buat kami sekeluarga hingga Siti tidak dapat meneruskan rakaman kerana gagal menahan rasa sedih,” katanya kepada BH Online.

Pada majlis itu, Siti turut menghiburkan tetamu dengan lagu terbaharu yang dimuatkan dalam album secara medley. Antara lagu yang didendangkan adalah Siapa Tak Mahu, Aku Bidadari Syurgamu, Tertulis Nama Kita, Kuasa Cintamu, Takhta Dunia, Teratai Menjelma dan 7 Nasihat yang menyaksikan beliau berkolaborasi bersama Luca Sickta dan Kmy Kmo.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : BH via TTK

Harap Maaf