Lelaki Bertelekung Curi Barang Ketika Jemaah Muslimat Solat

Ketika jemaah muslimah sedang khusyuk menunaikan solat isyak di Masjid Ibn Abbas, Taman Ibu Kota, Setapak pada 4 Januari lalu, seorang pencuri pula mengambil kesempatan menggeledah beg tangan mereka.

Pencuri yang sebenarnya seorang lelaki itu menyamar sebagai seorang wanita dengan memakai telekung untuk memudahkannya memasuki ruang solat muslimah.

Tanpa disedarinya, gelagat suspek mencuri barang-barang berharga dalam beg tangan milik jemaah muslimah dirakam oleh kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di masjid itu.

Suspek lelaki dilihat memasuki masjid bersama seorang wanita yang tidak bertudung sebelum dia mengambil telekung yang disediakan pihak masjid.

Suspek wanita dipercayai menunggu di luar ruang solat ketika lelaki itu menggeledah dan mencuri barang-barang milik jemaah muslimah.

Pengendali laman Facebook Masjid Ibn Abbas menyatakan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8.41 malam.

Berhati-hati dan berwaspadalah selalu. Jaga barang berharga anda walaupun berada di dalam masjid atau surau,” katanya.

Kes Kecurian di Masjid Ibn Abbas sewaktu solat Isyak

6 Januari 2020Informasi kes kecurian di Masjid Ibn Abbas,Taman Ibu Kota,Setapak,Kuala Lumpur yang berlaku pada 4 Januari 2020 sekitar jam 8.31 pm.2 suspek dikenalpasti,seorang lelaki dan seorang wanita.Suspek lelaki berselindung disebalik pemakaian telekung wanita untuk menggeledah beg tangan muslimat yang diletakkan di belakang.Berhati-hati dan berwaspadalah selalu.Jaga barang berharga anda walaupun berada di dalam masjid atau surau.Sila TULARKAN/VIRALKAN video ini.

Posted by Masjid Ibn Abbas on Sunday, January 5, 2020

Para netizen yang kesal dengan perbuatan jenayah itu mencadangkan supaya pengurusan masjid mempertingkatkan kawalan keselamatan dengan menugaskan seorang jemaah lelaki sebagai pengawal keselamatan sukarela.

Sebaik-baiknya letak beg dan barangan berharga di hadapan kita ketika solat supaya sukar dicuri oleh penjenayah yang tergamak melakukan dosa di dalam rumah Allah.

Sumber: Masjid Ibn Abbas

Harap Maaf