Lelaki DiPercayai Kena Rasuk Berjalan Dalam Gelap Sambil Peluk Batu Nisan

GNGGUAN daripada makhluk halus sememangnya wujud. Pastinya kita pernah mendengar bahawa ada orang yang dirasuk sehingga bertindak diluar kawalan.

Pagi buta nampak lelaki jalan kaki

Hal ini samalah seperti perkongsian yang dibuat oleh beberapa pengguna TikTok apabila memuat naik rakaman seorang lelaki dikatakan mengalami gngguan makhluk halus sehingga berjalan seorang diri dengan membawa sebiji batu nisan pada waktu pagi.

Video tersebut tuIar selepas akaun bernama @syed.muhammad.arif dan @wansun11 memuat naik video itu dengan mempunyai beberapa bahagian.

Meronta-ronta ketika dibacakan ayat kursi

Suasana turut menjadi sedikit pa4ik apabila lelaki yang membawa batu nisan itu jatuh selepas ayat kursi dibacakan dan meronta-ronta ketika dipegang.

Bingung ketika sedar

Lelaki berkenaan juga seakan bingung selepas sedar dari dir4suk dan hanya menjawab “tidak tahu” sahaja apabila ditanya beberapa soalan daripada orang ramai yang berada di tempat kejdian.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengakui berasa seram dengan situasi berkenaan.

Dalam salah satu kapyen di video yang tular, pengguna TikTok itu sempat menasihati orang ramai supaya berhati-hati jika belajar silat atau mengambil ilmu htam kerana boleh jadi ia memakan diri.

Walaupun tidak merujuk kepada individu yang dir4suk itu, namun dia tetap berharap agar segala urusannya dipermudahkan lebih-lebih lagi melibatkan gngguan dari makhluk halus.

sumber : OhMyMedia

Harap Maaf