SETIAP kali melayari media sosial, tidak perlu dinaf1kan lagi kewujudan individu terIibat dalam dunia pelaburan dan bisnes. Kehidupan nampak relaks tetapi serba mewah, apa rahsianya..?
Terbaharu, seorang pengguna laman Twitter @IbuPeri__ memuat naik satu video daripada aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki berkongsi tips bagaimana mahu mencari teman wanita dengan cara yang pantas.
Macam ni rupanya nak dapat makwe..?
macam ni rupanya nak dapat makwe pic.twitter.com/rI2dybV3tT
— Cempaka (@IbuPeri__) January 22, 2022
Rakaman berdurasi 42 saat itu memaparkan pemilik video tersebut, @fawwazzfarid dipercayai keluar dari sebuah hotel sebelum menegur seorang wanita yang sedang berdiri berdekatan lokasi berkenaan.
Selepas memperkenalkan diri sebagai “Trader”, lelaki tersebut terus bertanya sekiranya wanita itu mahu menjadi kekasihnya.
Sebaik sahaja mengetahui gerangan lelaki itu seorang ‘Trader’ yang pastinya ‘masyuk’ menjana pendapatan, wanita tersebut dilihat teruja dan meluru ke dalam kereta mewah selepas diajak masuk kenderaan itu.
Meskipun hanya lakonan semata-mata, video dihasilkan pada bulan lalu itu tetap mengundang perhatian warganet bagi memberikan komen yang dikatakan “cringe” selepas menonton babak berkenaan.
Tidak kurang terdapat juga segelintir netizen mengecam tindakan lelaki dan wanita itu yang disifatkan ‘murah’ dalam mencari pasangan hidup.
Lakonan kejung tapi minta dijauhkan la
Kalau kau susah, mesti perempuan tu “blah”
Takkan la “selera” tahap ni je..?
Trader ke driver ( pemandu )..?
Gng Forex rupanya…
Siapa la mentor mereka ni…
Apa-apa pun, jangan mudah terpengaruh dengan tawaran wang ringgit dan harta..! Semuanya terbukti tidak dapat menjamin kebahagiaan seseorang. Yang penting, terima seseorang itu atas rasa cinta.
sumber : OhMyMedia