Lelaki Ini Kongsi Proses Aduan Bertulis Terhadap “Air Kelantan Sdn Bhd” Setelah Kecewa Masalah Air DiAlaminya

JIKA berlaku gangguan air, pastinya akan menyukarkan kehidupan seharian kita. Terbaharu, seorang pengguna Twitter @MNasruddin telah berkongsi bagaimana dirinya menyelesaikan 1su gangguan air di rumah keluarganya di Kelantan.

Menerusi perkongsiannya, rumah keluarganya tiada air tetapi rumah jiran mempunyai air. Malah, bapanya telah ke pejabat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) membuat aduan.

Sudah seminggu tetapi tiada tindakan daripada pihak AKSB serta aduan masih dalam proses. Maka, beliau yang berang telah selidik akan akta berkaitan bekalan air negeri yang relevan untuk dimasukkan dalam surat aduan.

Nasruddin telah emel kepada pihak AKSB dan membuat aduan bertulis agar ada bukti aduan sudah dilakukan. Pihak AKSB mengatakan ayahnya tiada membuat aduan walaupun beliau menegaskan telah beberapa kali datang ke pejabat.

Dalam aduan bertulis tersebut, Nasruddin telah menceritakan kronologi dari hari tiada air sehinggalah telah membuat aduan di pejabat AKSB.

Malah, Nasruddin turut menuntut pihak AKSB agar datang membuat pemeriksaan dalam tempoh 24 jam atau tindakan undang-undang akan diambil.

Tidak sampai 24 jam, pihak AKSB telah datang ke rumah keluarganya dan menyelesaikan hal tersebut.

Tambahnya, bukan semua orang tahu prosedur untuk aduan bertulis terutama sekali warga emas di kampung. Malah, ramai yang ingat pergi ke pejabat air buat aduan sudah selesai tetapi sebaliknya dimana tiada rekod pun.

Nasruddin turut berkongsi kandungan emel dihantarnya untuk jadi rujukan mereka yang memerlukan kelak. Jika anda berdepan masalah gangguan air, cubalah cara ini untuk membuat aduan.

sumber : vocket

Harap Maaf