Lelaki Ini Tunjuk Cara Cat Satu Dinding Penuh Dengan Sekali Celup Saja Berjaya Raih 21 Juta Tontonan

MENGECAT bukanlah perkara yang mudah. Selalu kalau orang nak cat rumah mesti panggil orang untuk upah mengecat. Bukan itu sahaja, kalau nak cat rumah pun mesti mengambil masa yang lama. Mana taknya nak kena alas lantai lagi supaya tak terkena cat, dan nak kena fikir arah mana bersuaian untuk mula mengecat.

Tetapi hal ini berbeza dengan satu perkongsian video tuIar di TikTok @_how.things.work ini. Menerusi perkongsian video ini, dapat dilihat seorang lelaki sedang mengecat rumah “sepantas kilat”. Lelaki tersebut dilihat menggunakan konsep “zig zag” untuk mula mengecat dinding.

Lelaki yang bertubuh sasa itu mengecat satu dinding permukaan rumah itu tanpa mengangkat batang cat tersebut dan beliau juga secara berterusan mengecat dinding itu sehingga cat sudah menutup keseluruhan dinding. Apa yang lebih menarik apabila lelaki itu berjaya mengecat satu permukaan dinding rumah itu dengan hanya sekali celup sahaja.

Video yang memperoleh jumlah tontonan melebihi 21.3 juta itu turut mendapat komen yang cukup memberangsangkan daripada warganet. Ramai yang teruja setelah menonton perkongsian video itu.

sumber : SiakapKeli

Harap Maaf