Lelaki Nekad Tanam Pokok Pisang Di Tengah Jalan

SEORANG lelaki di Amerika Syarikat yang bosan dengan keadaan daif jalan berdekatan premis perniagaannya di barat daya Florida menanam pokok pisang pada lubang di tengah jalan itu sebagai amaran kepada pemandu lain, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Bryan Raymond diIaporkan menanam pokok pisang di jalan Honda Drive, selatan Fort Myers itu pada minggu lalu.

Raymond yang juga pemilik premis kesihatan Progress and Pride Fitness Group berkata, idea untuk menanam pokok timbul selepas dia beberapa kali terpaksa mengisi simen ke dalam lubang tersebut.

Memandangkan Honda Drive merupakan jalan persendirian, pihak pentadbiran tempatan memaklumkan kepada Raymond bahawa penyelenggaraan jalan itu tertakluk kepada pemiliknya.

Raymond menganggap pokok pisang tersebut sebagai sesuatu yang dapat menarik perhatian pemandu lain.

“Sekiranya kita mahu memastikan tiada sesiapa cedera akibat lubang tersebut, kita harus meletakkan sesuatu yang jelas kelihatan,” kata Raymond kepada stesen televisyen tempatan, WBBH.

Menurut Raymond, sistem televisyen litar tertutup (CCTV) telah merakam pelbagai masalah di sepanjang jalan tersebut termasuk lubang dan air bertakung.

Difahamkan, beberapa pengguna jalan di situ bersetuju dan suka dengan tindakan Raymond menanam pokok pisang di situ.

sumber : cari

Harap Maaf