Lelaki Rakam Gelagat Kawan “Nervous” Masuk Dapur ToIong Bakal Mertua Raih Perhatian

BAGI golongan wanita yang bakal mendirikan rumah tangga, memang gementar sekiranya teman lelaki mengajak untuk bertemu dengan orang tuanya. Kalau boleh, pelbagai persediaan mahu dilakukan.

Stuasi tersebut terjadi kepada seorang gadis ini apabila dilihat agak malu dan gementar ketika mahu membantu ibu teman lelakinya yang sedang sibuk memasak di dapur.

Menerusi aplikasi TikTok, teman lelakinya @de_danial memuat naik satu video memaparkan gadis dikenali sebagai Noor Izzati itu cuba menenangkan dirinya sebelum masuk ke bahagian dapur.

Rakaman berdurasi 12 saat itu memaparkan Noor Izzati menjenguk-jenguk ke arah dapur sebelum mendapat “keyakinan” untuk membantu ibu teman lelakinya menyiapkan sebarang keperluan.

Video tersebut meraih satu juta tontonan dan dipenuhi lebih 1,000 komen dalam kalangan warganet yang memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi berkenaan.

Rata-rata warganet mengakui mereka juga akan mengalami perasaan gementar jika berdepan situasi sama apatah lagi akan bakal ibu mentua sudah tentu akan menilai daripada pelbagai sudut.

Mana tidaknya, cara didikan setiap ibu bapa adalah berbeza-beza. Jadi seseorang itu mesti bimbang sekiranya ada yang “tidak kena” dengan penerimaan bakal ibu mentua.

“Bangga dengan dia” – @de_danial

Pandai masak pun tetap takot kena “judge”

Takot tak kena cara je

Bukan takot, tak tau mula dari mana…

Kadang2 nak salam pun “nervous”, macam mana..?

Memang macam-macam ragam nak jumpa bakal mentua ni, padahal mereka okey saja. Yang penting ada persefahaman, pandai ambil hati dan saling hormat-menghormati kan..!

sumber : OhMyMedia

Harap Maaf