ALAM semula jadi menyimpan seribu satu m1steri yang kadang kala tidak dapat dijelaskan secara logik.
Tempat-tempat yang jarang dikunjungi manusia seperti kawasan air terjun, pergunungan atau hutan sangat sinonim dengan pr1stiwa m1stik kerana dikatakan mempunyai “energi” yang berbeza.
Maka tak hairanlah kalau setiap kali lalu di kawasan-kawasan ini, bulu roma boleh t1ba-t1ba merinding. Belum lagi cerita pasal “penampakan” yang mata kita sendiri pun susah nak percaya.
Keadaan sama turut diaIami lelaki yang dikenali sebagai Zaim Syirazi ini. Berniat mengambil telefon milik ibunya yang tertinggal di kebun, Zaim terpaksa melewati kawasan hutan dalam keadaan gelap untuk mengambil telefon berkenaan.
Namun tak disangka-sangka, malam itu dia terserempak dengan satu “sosok” yang hanya “berdiam” di bawah pokok.
“Aku harap benda aku nampak tak betul. Jangan perhati lama-lama,” tulis pengunggah dalam video berkenaan.
Dalam sebuah video berbeza, “penemuan mengejutkan” ini akhirnya terjawab setelah pengunggah melihat “sosok” m1steri tersebut dengan lebih teliti.
Rupa-rupanya, “sosok” tersebut hanyalah tunggul kayu yang kebetulan berada di situ. Maklumlah dalam keadaan gelap macam tu, mata pun boleh tersalah pandang.
sumber : SiakapKeli