Lelaki TerKacak Dunia Kini DiBelakang Tirai Besi Kerana Lawan Kerajaan

LAMAN hiburan TC Candler telah mengeluarkan senarai 100 selebriti terkacak dan tercantik dunia mereka bagi tahun 2021 dan menariknya, pemilik tempat pertama untuk kategori wanita dan lelaki adalah milik selebriti dari Asia.

Lisa Manoban dari kumpulan Blackpink berada di tempat pertama untuk kategori wanita dan model terkenal Burma, Paing Takhon mengungguli carta untuk kategori lelaki. Senarai ini dikeluarkan oleh TC Candler setiap tahun di mana Lisa berada di tempat ke-6 dan Paing pula berada di tempat ke-2 tahun lalu.

Siapa Paing Takhon..?

Tiada siapa mempertikaikan kedudukan Lisa di tangga pertama TC Candler untuk tahun ini. Cuma untuk kategori lelaki, Paing Takhon mungkin kurang dikenali di seluruh dunia. Tetapi jika di Myanmar, beliau adalah salah seorang selebriti yang popular dan pernah muncul sebagai salah seorang peserta Masked Singer Myanmar.

Namun, beliau lebih dikenali sebagai seorang model kerana dirinya yang tinggi lampai dan kacak. Awal tahun ini, beliau mula dikenali di seluruh dunia selepas gambar beliau menjadi sami untuk 10 hari menarik perhatian ramai kerana beliau sanggup mencukur rambut panjang kesayangannya.

Dipnjara kerana sertai protes lawan kerajaan junta

Myanmar sendiri terkenal sebagai negara yang bergeIut dengan ekonomi dan konfIik etnik. Pihak tentera mermpas kuasa dan menduh bahawa wujud pen1puan dalam sistem pengundian pada pilihan raya umum bulan November lalu di mana parti Aung San Suu Kyi menang dalam pilihan raya tersebut.

Sejak itu, Aung San Suu Kyi dan tokoh-tokoh kanan yang lain dit4han, manakala masyarakat Myanmar memilih untuk turun ke jalan raya bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada tntera.

Seorang gadis berusia 19 tahun, Kyal Sin atau lebih mesra dengan panggilan Angel menjadi mngsa ketgangan antara rakyat dan tntera apabila beliau ditmbak m4ti ketika menyertai prutes besar-besaran rakyat Myanmar.

Kemtian Angel telah mencetuskan kemarahan rakyat terhadap tntera junta dan Paing antara yang terlibat dalam protes anti-junta ini. Menggunakan popularitinya, beliau dengan lantang mengkr1tik kerajaan junta Myanmar di akaun sosial miliknya terutamanya Instagram.

PAING MEMEGANG PLACARD YANG MERUJUK KEPADA KEM4TIAN ANGEL (KREDIT GAMBAR: GETTY/AFP)

Paing yang baru berusia 25 tahun telah ditngkap dan dijatuhkan hkuman 3 tahun pnjara atas kesaIahan mengambil bahagian dalam prutes besar-besaran terhadap kerajaan junta.

Akaun media sosial beliau dengan jutaan pengikut juga telah dipadam, kemungkinan besar secara p4ksa oleh pihak kerajaan. Beliau dit4han di rumahnya yang terletak di Yangon di mana lebih 50 askar tiba menaiki 8 trak askar untuk menahan beliau, menurut kenyataan adik perempuannya.

Paing Takhon telah dit4han oleh pihak junta sejak April lalu dan hkuman pnjara baru dijatuhkan pada minggu ini. Khin Maung Myint, peguam untuk Paing memberitahu AFP bahawa Paing akan dihkum “pnjara 3 tahun dengan kerja buruh”.

Ketika perbicaraan, Paing mengaku terlibat dalam prutes tersebut dan hkuman dijatuhkan terus selepas mendengar pengakuan Paing. Selain itu, 120 selebriti Myanmar lain turut dibvru kerajaan junta Myanmar kerana “bercakap buruk” kepada dunia tentang cara mereka menjaga negara.

Setakat ini, 7,000 orang telah ditngkap dan lebih 1,000 orang m4ti dalam beberapa siri prutes terhadap pihak junta sejak awal tahun 2021. Pemerhati bebas pilihan raya Myanmar bersepakat mengatakan pilihan raya umum Myanmar sebelum ini adalah adil tetapi tidak diendahkan oleh kerajaan junta.

sumber : vocket

Harap Maaf