Lokasi MH370 Di Kemboja..?

SEORANG juruterbang, Andre Milne dari Unicorn Aerospace mendkwa dia bersama pasukannya hampir merungkai kehiIangan pesawat MH370.

Lelaki itu, baru-baru ini, menddahkan imej satelit yang didkwa sebagai sebagai lokasi MH370 terhmpas di hutan di Kemboja.

Express.co.uk melaporkan, Milne sudah menghantar imej satelit itu kepada Pentagon dan Rumah Putih untuk dirujuk.

Misi pencarian pesawat itu berdasarkan imej satelit berkenaan dijangka akan dijalankan menggunakan helikopter pada 2022.

Berdasarkan data yang dimiliki, Milne percaya MH370 terhempas di Kemboja kerana memiliki bukti isyarat “ping” terakhir pesawat itu.

Pesawat itu berkomunikasi untuk kali terakhir bersama menara kawalan kira-kira 38 minit selepas berlepas dan direkodkan di Laut China Selatan.

Data daripada radar menunjukkan pesawat itu dilencongkan dari laluannya dan hilang kira-kira 200 batu nautika di barat laut Pulau Pinang.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu diIaporkan hiIang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Gerakan mencari dilakukan di Lautan Hindi sebelum ditamatkan pada Januari 2017 serta diteruskan kembali pada 2018, namun masih gagaI mengesan keberadaan pesawat itu.

sumber : Harian Metro

Harap Maaf